PENYANYI Amira Othman berkongsi khabar gembira dan mengesahkan dia kini sedang hamil anak sulung. Kata Amira, 33, usia kandungannya kini sudah mencecah 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun depan. "Alhamdulillah sekarang ini saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu. "InsyaAllah saya dijangka akan bersalin pada Jun depan," katanya kepada mStar.Amira berkongsi tentang kehamilannya. Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk terbaharu Rissa Skin di Shah Alam, Selangor pada Khamis. Teruja bakal menimang anak pertama, Amira dan suami iaitu Fattah Amin sepakat untuk tidak berkongsi mengenai jantina anak dan hanya akan mengumumkan pada waktu yang sesuai. "Saya pun tidak tahu jantina. Saya tidak kisah jantina, asalkan anak sihat," ujarnya. Dalam pada itu, Amira juga meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mepunyai sebarang alahan semasa hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Amira Othman dah hamil, Fattah Amin minta doa ramai… “Insya-Allah masa itu akan sampai” ARTIKEL BERKAITAN: “Cepat atau lambat itu rezeki”... Fattah Amin dan Amira Othman ulas isu sedang hamilMengulas megenai kerjaya seni, Amira memberitahu dia akan terus bekerja selagi mampu sebelum berehat pantang."Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Saya akan berehat untuk pantang sahaja selepas ini," ujarnya. Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata sulung bersama Amira. "Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Fattah dan Amira teruja mahu sambut kelahiran anak pertama. "Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan. "Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya. Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan penyanyi lagu Hati-Hati itu mula menjadi bualan peminat apabila ada yang mendakwa melihat ‘baby bump’ ketika Amira menghadiri majlis sambutan Hari Raya, baru-baru ini.Amira bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi itu, namun meminta ramai untuk mendoakan kesihatannya. Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!