suria

Zahirah Macwilson gembira tengok ibu sudah berhijab, doa ibadah haji dipermudahkan

Zahirah gembira melihat perubahan ibunya.

PELAKON Zahirah Macwilson meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penampilan terbaharu ibunya iaitu Maslinda Yusoff yang kini manis mengenakan hijab.

Kata Zahirah, 31, ibunya itu ada menyatakan hasrat untuk menutup aurat sejak beberapa bulan yang lalu.

“Ya saya sangat gembira untuk ibu saya. Memang dia dah cakap beberapa bulan lalu yang dia berniat nak pakai tudung. 

Zahirah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Ya, pernah dah sebelum ini (berkongsi hasrat). Saya sebagai anak semestinya terima sebab ia benda yang baik kan," katanya kepada mStar.

Zahirah berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media dan tayangan perdana Drama astro Original Good Boy Go To Heaven di KLCC pada Rabu. 

Selain perubahan imej, Zahirah turut berkongsi berita gembira bahawa ibunya bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada bulan depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson kurang senang kenyataan Whulandary, didakwa ditokok tambah

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson doa rezeki bapa melimpah, sokong Zainol jadi hos majlis kahwin

“Dan dia pun juga akan pergi haji untuk pertama kali pada tahun ini. Jadi doakan ya insya-Allah. Dan dia juga nampak sangat gembira dengan penampilan baru ini. 

“Bulan depan, iaitu pada Mei. Ya semestinya saya ada rasa takut sikit. Tapi pada saya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Allah ada untuk lindungi dia. Insya-Allah dia akan baik-baik sahaja,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Zahirah tidak menolak sekiranya suatu hari nanti dia juga akan mengikut jejak langkah ibunya untuk tampil berhijab sepenuhnya.

Ibu Zahirah bakal menunaikan haji pada bulan depan. 

Dia memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diberikan hidayah yang sama di masa hadapan.

“Insya-Allah siapa tahu kan, saya juga berharap satu hari nanti akan ke arah situ. Sekarang ini saya sangat gembira dengan ibu saya," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain