suria

Ozlynn hulur bantuan waktu sukar… Dapatlah Azar Azmi beli ayam goreng untuk anak

Ozlynn (kanan) antara rakan yang mengetahui kisah Azar.

KETIKA berdepan waktu sukar, pelakon Azar Azmi memberitahu rakan baiknya iaitu aktres Ozlynn Waty antara individu yang tampil memberikan bantuan.

Menurut Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, rakannya itu juga yang banyak mendengar serta mengetahui masalah yang dihadapinya.

"Masa aku susah, ada seorang kawan baik yang tahu cerita iaitu Ozlynn. Tiga hari sebelum ditahan, aku sempat bercakap dengan dia dan cerita semua kronologi.

"Dia ada bagi sedikit zakat. Saat dia bagi duit itu, dapatlah beli ayam goreng untuk anak. Boleh beli lampin dan susu untuk anak," katanya.

Azar berkongsi pengalaman berdepan ujian dalam hidup. 

Azar menceritakan perkara tersebut menerusi siaran podcast Sembang Seram bersama pelakon Safwan Nazri.

Pelakon ini dalam masa sama turut berkongsi luahan serta rasa bersalah terhadap dua orang anaknya. 

"Dengan apa yang terjadi hari ini saya setiap hari minta maaf dengan mereka, cium tangan mereka. Seolah-olah mereka orang tua. 

"Mungkin apa yang berlaku ini buat awak (anak-anak) tertanya dan beri satu impak besar di masa akan datang. Tapi tolong jangan percaya 100 peratus. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi guna duit sumbangan Aliff Syukri langsai hutang suami, bukan bayar ikat jamin seperti didakwa 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mereka masih ada ibu” - Azar Azmi tak jaga tujuh anak tiri, kahwin selepas suami bercerai dengan bekas isteri

"Walau apa yang terjadi, mummy akan pegang tangan sampai akhir hayat," luahnya. 

Menerusi siaran berkenaan, Azar juga sedar tidak mungkin untuk dia kembali bangkit berdepan persepsi masyarakat terhadap dirinya. 

"Aku pada satu tahap nak capai kekuatan Azar yang dulu, tapi tak tercapai lagi. Kalau tak bangun sampai bila? 

Azar mahu kembali bangkit. 

"Risau persepsi orang, persepsi orang dah buruk," ujarnya. 

Nama Azar sebelum ini kembali menjadi bualan selepas sekian lama berdiam susulan dia ditahan reman bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah.

Azar menjalani tempoh reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Dia kemudian dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan melibatkan kes suaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain