suria

Fazura bangga pencapaian abang tamat pengajian undang-undang, Fatima mahu ikut jejak langkah ‘pak long’

Fatima juga mahu mengikut jejak bapa saudaranya.

PELAKON Nur Fazura berkongsi momen indah apabila dapat menyaksikan kejayaan abang sulungnya, Dr Yusrizam menamatkan pengajian di peringkat Sarjana di University of London, United Kingdom dalam Jurusan Undang-Undang. 

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata lawatan ke London kali ini dianggap sangat bermakna kerana dia berpeluang meraikan majlis graduasi tersebut selain dapat mengimbau memori lama bersama abangnya.

"Alhamdulillah, lawatan Faz (gelaran untuk Fazura) ke London pada kali ini sangat bermakna kerana berpeluang meraikan majlis graduasi abang Faz.

Fazura gembira dengan pencapaian abangnya itu. 

"Dan kami dapat meluangkan lebih banyak masa bersama, persis waktu kanak-kanak dulu," katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya yang baru berusia enam tahun turut menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapa saudaranya. 

Kata Fazura, Fatima menyatakan hasrat untuk belajar bersungguh-sungguh demi menjadi seorang yang bijak pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah langgar perjanjian, video ucapan Fazura raih perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tonton video tular, Fazura terkilan layanan terhadap anak... “Dia bukan objek”

"Fatima pula dah mula tanam cita-cita dan bercakap kepada saya yang mahu belajar rajin-rajin dan jadi bijak macam Pak Long.

"Masya-Allah, maknanya lebih 500 harilah jawabnya di London nanti. Mommy (ibu) pula kena bekerja keras dari sekaranglah," selorohnya.

Dalam pada itu, Fazura juga tidak lupa menzahirkan rasa syukur atas kurniaan keluarga yang penyayang serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminatnya.

Fazura berterima kasih dikurniakan keluarga dan peminat yang baik-baik. 

"Apapun, Faz bersyukur dikurniakan keluarga yang baik dan penyayang.

"Akhir kata, Faz dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Faz atas ucapan tahniah dan perkongsian rasa gembira ini bersama," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain