suria

Pertama kali tonton video tular, Fazura terkilan layanan terhadap anak... “Dia bukan objek”

Fazura (kanan) terkilan melihat video tular mempaparkan reaksi janggal Fatima.

PELAKON Fazura tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan selepas menonton video tular yang memaparkan anaknya, Nur Fatima Aisya didakwa menerima layanan kurang mesra ketika majlis perkahwinan bekas suaminya pada Oktober tahun lalu. 

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, memberitahu itu merupakan kali pertama dia melihat rakaman tersebut dan apa yang disaksikan benar-benar mengejutkan serta menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu serta tidak selayaknya anak kecil itu diperlakukan sedemikian.

"Siapa di sini pandai baca gerak bibir? Yang kiri sekali tu cakap apa? "Biar je dia kat situ?"... Dia (Fatima) bukan objek, dia anak saya. 

Fazura memberi respons terhadap sebuah hantaran di Threads.

Fazura memberi respons terhadap sebuah hantaran di Threads.

"Saya minta maaf tapi ini kali pertama saya menonton video ini. Bagaimana? Apa yang dilakukan terhadap anak saya?" katanya.

Fazura berkongsi reaksi tersebut menerusi ruangan komen pada satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Threads.

Dalam hantaran itu, individu berkenaan turut meluahkan rasa simpati terhadap Fatima serta berharap kejadian tersebut tidak berulang lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah langgar perjanjian, video ucapan Fazura raih perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak kali bagi muka, Fazura didakwa tak beri hak lawatan anak ikut perjanjian mahkamah” - Peguam Fattah Amin sahkan bakal fail semula permohonan

Menerusi video yang tular, Fatima dilihat duduk di belakang bapanya, pelakon Fattah Amin bersama isteri Amira Othman.

Dalam rakaman tersebut turut kelihatan seorang lelaki dipercayai pembantu peribadi aktor berkenaan.

Fatima yang duduk di atas pelamin kelihatan terpinga-pinga tanpa diberi perhatian.

Fazura (kiri) tidak sanggup lihat anaknya menerima layanan kurang baik.

Fazura (kiri) tidak sanggup lihat anaknya menerima layanan kurang baik.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati hantaran asal telah dipadam, namun tangkap layar rakaman tersebut dikongsi semula oleh pengguna lain di media sosial.

Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Fattah kemudiannya bernikah dengan Amira pada 14 September 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain