PELAKON Nadzmi Adhwa tampil mempertahankan isterinya, Ardell Aryana selepas tindakan aktres itu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 sekali lagi mengundang kecaman dan pertikaian segelintir netizen.Nadzmi, 33, menjelaskan bahawa pemergian Ardell itu adalah atas keizinannya, malah dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan anak-anak sepanjang ketiadaan isteri. Malah, Nadzmi turut menjawab persoalan netizen mengenai keadaan kesihatan ibu Ardell yang sebelum ini dimaklumkan kurang baik.Ardell pertahan isterinya di halaman Threads miliknya. "Mak (ibu) Ardell sudah sembuh, Alhamdulillah. Ada lagi lima adik beradik tengokkan mak Ardell juga. "Untuk anak-anak dia, saya ada (jaga) kak, kenapa ya?" soalnya dalam satu komen balas netizen pada Selasa. Ini selepas ada netizen meminta supaya Ardell memberikan masa lebih terhadap keluarga berbanding menyertai misi kemanusiaan. ARTIKEL BERKAITAN: Syukur miliki isteri tak kejar dunia, Nadzmi Adhwa terkenang permintaan Ardell Aryana saat pernikahanARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana dedah terima ugutan, ada pihak sanggup bayar RM5,000 untuk tahu lokasiDalam pada itu, Nadzmi tidak menyangka penyertaan isterinya kali ini mengundang pelbagai respons negatif daripada orang ramai. Kata Nadzmi, setiap langkah isterinya sudah pun ditentukan oleh takdir dan dia memohon agar orang ramai menjaga lisan daripada terus melemparkan fitnah."Minta doakan tapi di hina pula. Allah dah tulis perjalanan kita. Kalau Allah tak izin tak jadi dan kalau Allah tak izin mesti takkan pergi. "Siapakah kita menidakkan takdir yang Allah tetap kan. Wallahualam. Nadzmi memberi izin untuk Ardell menyertai misi tersebut. "Kepada isteri dan sahabat-sahabat saya dalam Sumud, maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu Terus Sumud. Allah tahu niat kalian," ujarnya. Sebelum ini Nadzmi berkongsi momen mengiringi isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi GSF 2.0. Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, Haroqs serta empat lagi yang dirahsiakan identitinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube