ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada Isnin. Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, yang memaklumkan isterinya melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 3.47 petang. "Alhamdulillah, Isnin 6 April 2026 tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy (panggilan Shuib) dan mummy (panggilan Watie). Shuib bersyukur Watie (kiri) selamat melahirkan bayi perempuan mereka."Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa. Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan," katanya. Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa syukur dengan segala perancangan yang telah ditentukan dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan keluarganya.ARTIKEL BERKAITAN: Shuib, Watie bakal timang anak perempuan… Dijangka bersalin April depanARTIKEL BERKAITAN: Selepas diuji keguguran, isteri Shuib didakwa sedang hamil... Netizen nampak ‘baby bump’"Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. "Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga," ujarnya.Untuk info, Watie pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu. Shuib (kanan) teruja menyambut kelahiran anak kelima.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 5 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube