suria

Syukur miliki isteri tak kejar dunia, Nadzmi Adhwa terkenang permintaan Ardell Aryana saat pernikahan

Nadzmi reda lihat Ardell sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.

PELAKON Nadzmi Adhwa meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri iaitu Ardell Aryana, yang disifatkan lebih mementingkan akhirat berbanding dunia.

Mengimbau detik awal perkahwinan mereka, Nadzmi, 33, mengakui berasa sebak apabila mengenangkan permintaan sederhana isterinya dalam urusan pernikahan.

Menurutnya, Ardell hanya meminta mas kahwin sebanyak RM300 selain senaskah al-Quran sebagai hantaran.

Nadzmi dan Ardell mempunyai dua orang cahaya mata bersama.

“Hanya mas kahwin RM300 sebab Selangor dan senaskah al-Quran sebagai hantaran nikah kita untuk miliki awak tujuh tahun lalu.

“Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. Tiba-tiba pagi ini, sayu teringat,” katanya menerus hantaran Thread.

Dalam pada itu, Nadzmi turut menzahirkan rasa terharu kerana dikurniakan seorang isteri yang tidak mengejar kemewahan dunia.

ARTIKEL: BERKAITAN: Nadzmi Adhwa ‘naik hantu’, dakwa isteri ditumbuk dan dikasari sewaktu dalam tahanan… “Rupanya di hospital sekarang”

ARTIKEL: BERKAITAN: Nadzmi Adhwa dedah keluarga dalam bahaya, mengaku sedang diperhati tali barut Israel… “Mereka ada ejen di sini”

Sebagai suami, dia juga berharap perjuangan isterinya dalam meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0 itu berjaya dan pulang dalam keadaan selamat.

“Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia. Terima kasih Allah atas kurniaan-Mu.

Nadzmi menghantar isterinya mengikuti misi Global Sumud Flotilla 2.0.

“Semoga Allah reda atas niat dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana. Selamat pergi dan kembali kepada saya serta anak-anak,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadzmi berkongsi momen mengiringi isterinya,di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0.

Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, Haroqs serta empat lagi yang dirahsiakan identitinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain