USAHAWAN Kak Nona meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang secara tiba-tiba muncul dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ke atasnya.Malah dedah Nona atau Rose Azlin Rosli, 51, bekas suaminya yang dikenali sebagai Pak Edy itu tidak pernah menyumbang sebarang nafkah semasa dia berusaha membesarkan tiga anak mereka iaitu Dania, 24, Anna 21 dan Arina 17. "Saya besarkan anak tanpa nafkah dari bapa mereka. Selama tujuh tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.Kak Nona berjaya beri pendidikan pada anak-anak."Selama itu sedikit pun dia tak pernah sumbangkan nafkah atau apa-apa pada pendidikan serta kehidupan anak-anak. Dia bapa tidak bertanggungjawab."Saya yang besarkan mereka dan berikan pendidikan terbaik sehingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memperoleh ijazah," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Kak Nona, Pak Edy tiba-tiba bersuara selepas terdapat khabar angin dia bakal bercerai dengan suaminya sekarang. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati Kak KM canang isu rumah tangga, Kak Nona dedah sudah fail cerai… “Saya diam sebab nak jaga maruah suami”Dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu juga memberi kesan tidak elok terutama hubungan dengan anak-anak serta menganggu perniagaannya."Selepas dia muncul dia terus buat macam-macam tuduhan, kata saya ibu tidak bertanggungjawab. Tapi saya tak nak ulas fasal itu dan saya akan guna peguam," ujarnya.Jelas anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini, dia tidak akan berdiam diri memandangkan segala tuduahan yang dilemparkan. Kak Nona akan bela nasib anak-anaknya.Malah dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat menyebarkan kecaman tersebut bagi mempertahankan maruahnya."Saya tak akan berdiam dengan dengan segala kecaman, apa-apa yang berunsur fitnah, menjatuhkan saya semua saya akan ambil tindakan."Saya memang tak boleh bagi muka dah, dia juga menjatuhkan perniagaan saya. Sekarang ini nak buat siaran langsung pun tak boleh dengan kecaman yang ada," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube