suria

“Dua tahun saya tunggu” - Sarah Yasmine tuntut Bella, Didi Astilllah tunaikan janji

Sarah (kiri) menuntut penjelasan daripada Bella (kanan) dan Didi.

PERSONALITI media sosial, Sarah Yasmine tampil bersuara menuntut penjelasan daripada dua beradik penyanyi terkenal, Bella Astillah dan Didi Astillah berhubung satu perjanjian yang didakwa belum ditunaikan sejak dua tahun lalu.

Sarah, 26, berkata mempersoalkan tindakan Bella dan Didi yang didakwa pernah memberi jaminan tertentu kepadanya, namun sehingga kini masih belum direalisasikan.

"Saya harap kamu berdua sihat-sihat sahaja. Sekarang pun sudah bahagia, kan? Alhamdulillah.

"Saya cuma ingin bertanya, bila kamu berdua akan menunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya? Sudah dua tahun saya menunggu perkara ini.

Sarah menuntut janji daripada Bella (kiri) dan Didi (kanan). 

"Kalau kamu boleh beritahu ibu saya secara berdepan bahawa saya bukan seorang penyondol, kenapa selama dua tahun ini kamu tidak menyatakannya secara terbuka?," katanya. 

Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Sarah memberitahu selama ini dia memilih untuk berdiam diri walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk kecaman dan ugutan, demi menjaga keadaan serta pihak-pihak tertentu.

Tambahnya, situasi yang berlarutan itu turut memberi kesan kepada anak-anaknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine dah minta maaf dengan Ruhainies dan Sophia.... Suka tengok kebahagiaan BASS

ARTIKEL BERKAITAN: Beri tempoh 7 hari, Sarah Yasmine tuntut ganti rugi hampir RM1 juta terhadap Aliff Aziz

"Saya sudah terlalu lama berdiam diri. Saya telan segalanya… kecaman, ugutan, ugutan pemerasan, semuanya demi menjaga keadaan.

"Apa yang saya lakukan bukan hanya untuk kamu berdua, tetapi juga demi kesejahteraan anak-anak kamu. Bagaimana pula dengan anak-anak saya? Apa pula nasib mereka?

"Ejekan semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal. Jadi kenapa kamu masih tidak melakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?," ujarnya. 

Sarah bagaimanapun menegaskan bahawa sepanjang isu tersebut, dia tidak pernah meminta apa-apa selain melindungi nama baik dirinya dan anak-anak.

Jelas Sarah, dia mungkin akan mendedahkan perkara sebenar sekiranya tiada tindakan diambil oleh kedua-dua penyanyi tersebut.

"Dari awal sampai sekarang, saya tidak pernah meminta apa-apa selain melindungi anak-anak saya dan nama baik saya demi mereka.

"Jadi saya benar-benar ingin tahu, kenapa kamu berdua tidak melakukan perkara yang sama selepas semua yang telah saya lakukan apabila kamu meminta bantuan?

Sarah mahu namanya dan anak-anak dibersihkan.

"Saya sudah penat dan muak hidup dalam keadaan begini. Sama ada kamu berdua akhirnya bercakap benar seperti yang kamu katakan kepada ibu saya atau saya sendiri akan mendedahkan perkara sebenar demi masa depan anak-anak saya," katanya. 

Sebelum ini, nama Sarah menjadi bualan hangat apabila dia mengaku dirinya sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz yang juga bekas suami kepada Bella. 

Sarah membuat pendedahan itu kerana tidak tahan melihat penyanyi itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac 2024. 

Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai NRF di Instagram miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain