suria

Sarah Yasmine dah minta maaf dengan Ruhainies dan Sophia.... Suka tengok kebahagiaan BASS

MENYEDARI kesilapan yang dilakukan sebelum ini, personaliti media sosial  iaitu Sarah Yasmine tampil membuat permohonan maaf kepada empat orang selebriti yang pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz.

Berkongsi perkara itu, Sarah, 25, berkata tujuan permohonan maaf itu dibuat kerana dia mahu hidup dalam keadaan tenang dan tidak mahu lagi dibelenggu perasaan bersalah terutamanya empat orang selebriti berkenaan.

“Sekarang ini saya cuma mahu hidup tenang dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi lepas sebab perkara itu sudah berlaku tahun lepas kan jadi untuk tahun ini saya mahu mulakan hidup baru.

“Saya ada minta maaf kepada empat orang selebriti antaranya Caprice, Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen… saya risau kalau berterusan macam ini akan berikan kesan pada saya dan juga anak saya.

“Saya sudah minta maaf dan Caprice saja yang respon buat masa ini, tugas saya dah minta maaf jadi sudah selesai tapi saya faham kalau mereka tak nak maafkan sebab itu hak mereka,”katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia gembira melihat kegembiraan yang dikongsikan oleh Bella Astillah dan Syed Saddiq di media sosial, malah berharap mereka cepat mendirikan rumah tangga.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi