HAMPIR 20 tahun bergelar selebriti, pelawak dan penyampai radio Johan memberitahu dia bakal menerbitkan sebuah filem aksi tidak lama lagi.
Berkongsi perkara itu, Johan atau Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz, 41, berkata selain menjadi penerbit, dia juga akan mengarah filem itu yang akan bermula penggambarannya tidak lama lagi.
“Buat masa ini masih dalam perbincangan dan sekarang hampir 60 peratus sebab saya juga akan mengarah dan menerbit filem itu nanti.
“Filem yang akan dihasilkan ini genre aksi dan saya juga akan berlakon dalam filem itu, akan ada satu watak tapi bukan pelakon terkenal cumanya dia akan bakat untuk melakonkan aksi.
“Untuk kos saya tak boleh kongsikan sekarang tapi memang tinggi sebab buat filem aksi, tunggu saja pengumum nanti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI