suria

Danial Zaini terkilan tiada program komedi selepas bergelar juara, tak mahu lagi sertai pertandingan lawak

PELAWAK Danial Zaini meluahkan rasa kecewa kerana tiada program komedi diterbitkan khas buat kumpulannya iaitu Sarkas yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) tahun lalu.

Kata Danial atau nama sebenar Mohd Danial Mohd Zaini, 32, meskipun pernah bergelar juara program komedi beberapa kali, namun itu belum cukup kuat untuk menambat hati stesen televisyen.

“Selepas menang (MLS 4) itu ada tawaran lain tapi bukan komedi... jadi itu sebab mungkin orang tak nampak saya kerana memang tiada tawaran pun.

“Saya tiada jawapan untuk perkara tu hanya penerbit saja yang ada jawapan dan tipu la kalau tak kecil hati sebab saya menang program lawak banyak kali tapi langsung tiada tawaran daripada pihak stesen televisyen.

“Saya pernah bertanya tapi sampai sekarang tiada jawapan, malah kumpulan lain menang ada program untuk mereka tapi kenapa kumpulan Sarkas langsung tiada… kecewa juga kenapa sampai jadi macam ni sampaikan saya buat proposal sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi