suria

Tuduhan Enot ‘kahwin’ pengkid melampau! Wanita bernama Zack tampil jawab fitnah, masih tahu batas

NAMA pelakon dan pelawak, Enot sebelum ini menjadi bualan netizen apabila tular dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan songsang bersama seorang wanita bernama Zack.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila Enot dan juga Zack sering memuat naik video bersama di media sosial sehingga timbulnya tuduhan liar mengatakan mereka sudah 'berkahwin'.

Menepis semua tuduhan tidak berasas itu, Zack menegaskan bahawa hubungan mereka sekadar sahabat baik yang sudah terjalin lebih dua dekad.

“Sebenarnya apa yang orang katakan itu adalah fitnah semata-mata. Saya dan Enot berkawan sejak berumur 17 tahun lagi. Keluarga kami juga saling mengenali malah anak-anak Enot pun panggil saya mummy,” katanya kepada mStar.

Jelas Zack lagi, dia terkilan apabila ada pihak mendakwa kononnya dia telah 'melarikan' Enot sehingga dituduh sudah 'berkahwin'.

“Ada yang kata saya larikan dia, berkahwin dengan Enot. Itu semua dusta. Ya, orang macam kami ini sering menjadi tohmahan. Sila bawa tok kadi yang nikahkan kami. Kami ada harga diri,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi