suria

Ketepikan ego, Aepul Roza jaga hubungan kekal 15 tahun bersama Drama Band

HAMPIR 15 tahun bersama Drama Band, vokalisnya Aepul Roza tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan itu meskipun pernah tampil bergerak solo.

Kata Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 38, hubungan rapat antara ahli kumpulan membuatkan dia tidak tergamak untuk meninggalkan kumpulan itu.

“Saya sangat hormati semua sahabat dalam Drama Band kerana kami bergerak, bekerja atau dalam persahabatan semuanya kami letakkan ego di tepi.

“Keharmonian antara kami memang sangat dijaga, kalau ada ego pun cumanya di atas pentas yang ingin ditunjukkan kepada peminat dan bila di belakang pentas atau belakang tabir kami(Drama Band) adalah kawan rapat.

“Saya pernah buat secara solo tapi saya lebih selesa dengan Drama Band sebab ada kelainan, nak cakap kata tinggalkan memang tidak ada dalam kamus hidup sebab pernah bersusah payah nak bina nama Drama Band ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi