suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shiqin Kamal belajar tentang hidup dengan tunggang kuda, belum terfikir cari pasangan

JARANG dikaitkan dengan mana-mana gosip cinta, pelakon Shiqin Kamal mengakui masih belum mempunyai teman istimewa dan lebih selesa menghabiskan masa menyertai aktiviti sukan berkuda.

Shiqin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal, 34, dia tidak mencari lelaki yang berkongsi hobi sama, namun menganggap itu sebagai bonus sekiranya bertemu individu memiliki minat sama.

“Saya masih single and available. Sekarang memang tidak ada sesiapa. Kalau tengok Instagram, saya aktif dengan aktiviti berkuda. Jadi, hati saya kini dimiliki kuda.

“Saya bukanlah mencari lelaki yang main sukan kuda juga. Tapi kalau jumpa yang sama minat, Alhamdulillah. Kalau tak jumpa pun, tak apa. Saya tak mencari,” katanya kepada mStar.

Shiqin memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa malam gala filem Martabat Misi Berdarah yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam nada berseloroh, Shiqin turut menyatakan hasrat untuk mencari lelaki yang mampu menjadi ‘provider’ sepenuhnya dalam hubungan apabila ditanya mengenai ciri-ciri idamannya.

“Saya nak lelaki ‘provider’ 100 peratus,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi