suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dijerit ‘hoi’ minta buat lawak, Joey Daud dah terbiasa jumpa peminat terlalu teruja sampai lupa adab

PELAKON dan pelawak Joey Daud berkongsi pengalaman berdepan situasi peminat melakukan tindakan kurang sopan dan memaksanya membuat lawak secara tiba-tiba.

 

Walaupun tidak berkecil hati dengan tindakan peminat itu, namun Joey atau Zulkifli Daud, 52, berkata mereka seharusnya tahu mengenai adab serta batas dalam melakukan sesuatu tindakan.

”Bila saya mengkaji mengenai golongan komedi ni, pada saya la sebenarnya komedi ni kasta rendah, sebab apa saya cakap tu kerana orang akan tegur kita pun dengan cara yang kurang sopan macam ‘hoi’ saja.

“Pernah kejadian saya pergi kenduri kahwin dengan keluarga, saya siap minta keluarga makan siap-siap sebab risau nanti bila sampai mungkin risau tak sempat makan sebab orang nak bergambar… pernah orang cakap ‘hoi’ buat kelakar.

“Bila kita ni pelawak jadi mereka rasa dekat dan sebab tu mereka lakukan macam tu, cumanya kalau boleh tegur cara elok sebab kami pun ada perasaan juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi