suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem tak balik modal cuma seminggu tayangan, Abbey Abimbola tidak serik keluar bajet untuk karya kedua

PELAKON dan pengarah berasal dari Nigeria iaitu Abbey Abimbola tidak berputus asa untuk menghasilkan lebih banyak filem meskipun karya arahannya berjudul Bukan Hantu Biashe Biashe kurang menerima sambutan penonton.

Reda menerima takdir filem itu tidak berjaya, Abbey atau mesra dipanggil Abang Sado berkata dia akan memperbaiki dan memperkemaskan lagi semua aspek sebelum memulakan penggambaran untuk filem baharu nanti. 

“Bagi saya kutipan untuk filem Bukan Hantu Biashe Biashe okay saja untuk saya walaupun tidak capai sasaran sebab bajet untuk filem ini lebih RM1 juta.

“Saya tak tahu mana silapnya sampaikan pihak pawagam hanya berikan seminggu saja tempoh tayangan dan tidak mencukupi untuk peminat datang tonton filem arahan saya ni.

“Tapi tak apa sebab Alhamdulilah sebab bukan alasan untuk saya berputus asa dan henti hasilkan filem lagi malah lepas ni saya akan keluarkan filem baharu dan mungkin tidak sama lagi macam filem Bukan Hantu Biashe-biashe,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi