suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu dengar cerita tak best, Kamal Adli nasihat pelakon baharu hormat kerjaya seni

PELAKON Kamal Adli menasihati kepada pelakon baharu supaya menghormati kerjaya serta pelakon lebih senior daripada mereka.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Adli,39, dia banyak mendengar berita kurang enak mengenai pelakon baharu yang dilihat mempunyai sikap sambil lewa sewaktu di set penggambaran.

Kamal bagaimanapun berharap supaya pelakon baharu untuk menghormati kerja dan mempunyai displin dalam menjalankan tugasan diberi.

“Saya banyak terima berita yang orang sampaikan kepada saya mengenai pelakon baharu ni tidak faham skrip dan bila masuk set penggambaran selalu leka bermain telefon.

“Apabila bekerja dengan pelakon senior ni saya hormat mereka, langsung tak main dengan telefon dan fokus hafal skrip atau berbincang, berbeza dengan pelakon baharu.

“Saya tak tahu pelakon baharu ni serius mana untuk berada dalam industri ni, mereka nak jadi influencer ke pelakon atau selebriti…saya boleh cakap industri perfileman ni adalah industri professional yang mana ramai masuk sini semuanya sudah siap sedia dengan segalanya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi