PELAKON Ozlynn berkata kehidupannya kini semakin tenang selepas membuat keputusan mengenakan hijab selepas pulang menunaikan ibadah haji tahun lalu.
Masih menyesuaikan diri dengan imej baharu itu, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur kerana penghijrahannya itu dipermudahkan.
“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.
“Mula-mula dulu memang rasa susah sikit untuk mengayakan sebab saya sejenis yang suka bersukan tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan tenang dengan imej baru ni,” katanya.
Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu tidak menyangka menerima banyak tawaran berlakon selepas mengenakan hijab.
“Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan,”ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI