suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat badan Diana Danielle senang turun naik, tak terasa hati ditegur perubahan tubuh

PELAKON Diana Danielle tidak berkecil hati apabila ada segelintir pihak menegur mengenai perubahan badannya yang dilihat semakin berisi.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, dia sudah lali dengan komen netizen mengenai perkara itu, malah mengakui selesa melalui fasa perubahan ini.

“Masa naik berat badan tu saya tidak terasa terkesan pun segala kata-kata orang sebab saya ini jarang gemuk atau gempal.

“Kalau nak kurus balik ke memang saya boleh lakukan dan itu bukan satu masalah buat saya, cuma sekarang ni saya memang kuat makan nanti kalau tidak ada selera makan mungkin akan kurus balik.

“Badan saya memang jenis cepat naik dan turun, saya sudah biasa dengan orang yang sentiasa mencari kesalahan terutamanya perubahan badan ni… kalau kurus cakap saya sakit dan bila berisi cakap saya mengandung jadi sudah biasa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi