suria

[V] Abby Abadi tak nak campur hal rumah tangga Marissa dan Aslam, tengok sahaja apa jadi

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi tidak mahu membicarakan soal rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang tidak henti menjadi sasaran khalayak.  

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia reda dengan pilihan Marissa dan mahu anaknya itu melalui sendiri pengalaman berumah tangga.

"Fasal anak sebenarnya saya tidak berminat untuk membesarkan lagi isu ini.

"Itu pilihan dia (Marissa), biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, ia akan berpanjangan (jodoh).

Abby mohon doa yang terbaik untuk keluarga mereka.

"Kalau tidak baik, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan," katanya kepada mStar.

Abby berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Elite Live '25 yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Abby, hubungan keluarga mereka berada dalam keadaan baik dan memohon doa daripada orang ramai.  

"Kami (keluarga) okay sahaja dan tidak mahu isu keluarga menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.

ARTIKEL BERKAITAN:Satu ayat Norman Hakim berjaya lembutkan hati… Abby Abadi akui silap kongsi kisah keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi dedah sebab suami tampar Aslam, Marissa masih bawah umur

"Saya biarkan sahaja anak dengan pilihannya, jika itu yang terbaik.

"Insya-Allah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik," ujarnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Marissa, Abby enggan mengulas lanjut berhubung soal itu dan memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Malah kata Abby, apa pun yang berlaku Marissa tetap anak kandungnya.

Itu pilihan dia (Marissa), biar dia lalui sendiri. 

ABBY ABADI

PELAKON & PENYANYI

"Saya baik sahaja dengan dia, anak saya tetap anak saya," jawabnya ringkas.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Pernikahan itu menjadi bualan netizen kerana ketika bernikah dengan Marissa, Aslam merupakan suami kepada Umisya Mazlan.

Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Marissa (tengah) merupakan anak hasil perkahwinan Abby dan Norman (kiri).

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Untuk info, Marissa merupakan anak hasil perkahwinan Abby dengan pelakon Norman Hakim pada 2002.

Namun pasangan selebriti ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 2009.

Selain Marissa, Abby dan Norman dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, dan Danisha Hakim, 17 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain