suria

Kenangan manis Pak Ya sebelum jadi pelawak, arwah Jaafar Onn dan Nassier Wahab bantu tolak kereta rosak

ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau kenangan sewaktu awal kemunculan pelawak dan pelakon senior Ilya Buang pada tahun 1995.

Memulakan karier seni sekitar tahun 1988 sebagai pelakon teater bangsawan negeri Perak, Ilya Buang atau Pak Ya, 58, memberitahu dia pernah menyertai program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan bersama kumpulan Serba Salah yang dianggotai arwah Hamdan dan Wahid.

Menurut Pak Ya, bukan mudah untuk mencipta nama dalam industri hiburan kerana dia perlu melalui zaman kesusahan semasa awal kemunculan.

Malah, ketika itu juga kerjaya sebagai pelawak dan tidak menjanjikan pendapatan yang mewah.

“Saya mulakan kerjaya sebagai artis pada tahun 1988 dan ketika itu aktif sebagai pelakon teater bangsawan negeri Perak, disitu saya belajar mengenai dunia lakonan.

“Selepas beberapa tahun menjadi artis kebudayaan Perak, kemudian pada tahun 1995 saya menyertai program realiti Sinaran Passport Kegemilan bersama arwah Hamdan dan Wahid kemudian orang mengenali saya sebagai pelawak.

“Waktu awal nak masuk tu saya ajak Wahid tapi dia tak mahu kemudian arwah Hamdan datang dan berminat nak join walaupun dia tak pandai berlakon atau melawak, saya cakap boleh tapi kena pujuk Wahid,” cerita Pak Ya.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi