DIKECAM gara-gara babak dalam video muzik (MV) yang dikatakan melampaui batas, penyanyi 44 Airel tidak berniat melakukan perkara tersebut sebagai publisiti murahan untuk menaikkan namanya.
Menurut Airel, 19, dia tidak pernah menganggap bahawa MV tersebut terlalu keterlaluan sehingga mendapat teguran banyak pihak.
“Saya buat lagu itu bukan untuk publisiti atau mahukan populariti. Saya ini sebenarnya sudah lama minat muzik, jadinya saya hasilkannya ikut kehendak sendiri. Bagi saya, muzik video itu tidaklah terlalu keterlaluan.
“Namun, saya terima pandangan semua pihak. Saya hanya mahu jelaskan yang saya tidak ada niat untuk sakitkan hati mana-mana pihak. Malah, kalau tengok filem pun, babak tersebut pun ada juga,” katanya kepada mStar.
Tambah Aeril, dia tidak ambil pusing dengan perkara itu malah ketika ini mahu memberikan fokus kepada kerjaya sehingga berjaya ke persada antarabangsa.
Dia mempunyai impian yang tinggi untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi antarabangsa termasuklah Justin Bieber dan Travis Scott.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI