suria

[V] Syed Saddiq belum fikir fasa seterusnya dengan Bella Astillah, mahu raikan keluarga dulu

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak merancang untuk ke fasa seterusnya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah selepas dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu.

Menurut Syed Saddiq, 32, fokus utamanya kini adalah meraikan kemenangan kes bersama keluarga tersayang.

“Buat masa ini, saya hanya mahu bawa ibu, bapa dan keluarga pergi keluar makan dahulu,” katanya kepada mStar. 

Bella (kanan) sentiasa berada di sisi Saddiq untuk memberikan sokongan.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Bella akan turut serta dalam sesi makan tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu hanya tersenyum dan enggan memberi komen.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menzahirkan penghargaan kepada kumpulan penyokongnya bersama Bella yang dikenali sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) atas sokongan dan doa berterusan.

“Terima kasih kepada penyokong kami (BASS) yang sentiasa bersama tanpa disuruh atau diarahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tiba di mahkamah ikuti keputusan Syed Saddiq, tiada komen dapat diberikan

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi satu bekas ramen, netizen doa cepat kahwin elak fitnah

“Saya terharu kerana sejak dua tiga malam lalu mereka mengadakan bacaan yasin dan doa selamat untuk saya.

“Hari ini kita semua berkongsi air mata kemanisan atas doa kalian,” ujarnya.

Kejayaan itu turut diraikan bersama Bella yang hadir memberikan sokongan kepada Syed Saddiq seawal pukul 7.50 pagi. 

Sebelum ini Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan melibatkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain