suria

Bella Astillah tiba di mahkamah ikuti keputusan Syed Saddiq, tiada komen dapat diberikan

Bella (kiri) enggan mengulas lanjut berhubung keputusan kes Syed Saddiq.

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah, tiba di Mahkamah Rayuan seawal jam 7.50 pagi bagi mengikuti prosiding keputusan rayuan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella tampil anggun mengenakan baju kurung hijau muda dan ditemani dua pembantunya.

Ketika ditemui mStar, Bella memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding tersebut.

Bella manis berbaju kurung memberi sokongan kepada Syed Saddiq.

“Kita tunggu nanti. Sekarang ini saya tak boleh komen apa-apa,” katanya ringkas.

Bella dan Syed Saddiq turut dilihat sempat bertegur sapa dan bergambar bersama di luar dewan mahkamah.

Sementara itu, Syed Saddiq tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah miliki dua anak, Bella Astillah segan cerita hubungan dengan Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi satu bekas ramen, netizen doa cepat kahwin elak fitnah

Sebelum memasuki bilik bicara, beliau sempat bersalaman dan mencium kedua ibu bapanya yang hadir lebih awal bagi memberikan sokongan.

Rayuan Syed Saddiq supaya dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), akan diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pagi ini.

Penentuan kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai itu akan diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, dijangka bermula pada jam 9 pagi.

Sekiranya mahkamah membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan, beliau akan dilepas dan dibebaskan, bagaimanapun pendakwaan selaku responden boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Jika rayuan berkenaan ditolak, beliau mempunyai peluang akhir untuk merayu keputusan itu, juga di Mahkamah Persekutuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain