suria

[V] Amira Othman mengaku terima bunga, dedah Fattah Amin antara kawan rapat lelaki

LIMA hari menerima rawatan di hospital, penyanyi Amira Othman tidak menafikan dia ada menerima jambangan bunga daripada pelakon Fattah Amin. 

Kata Amira atau Nadia Amira Othman, 32, pemberian bunga tersebut hanyalah atas dasar ikatan persahabatan yang mendoakan dirinya agar cepat sembuh. 

Amira turut memberitahu dia tidak mengetahui niat sebenar Fattah berkongsi fotonya di Instagram, sebaliknya menyerahkan kepada aktor berkenaan untuk memberi penjelasan. 

"Saya mengakui 'rakan sekerja' (Fattah) ada beri bunga. Memang Fattah ada berkongsi di Instagram (IG) tapi saya tidak tahu mengapa, itu kena tanya dia sendiri. 

Amira menerima jambangan bunga daripada Fattah.

"Saya rasa biasalah tu kalau orang nak usik-usik kami. Saya pun tak tahu nak komen apa. 

"Tapi seperti apa yang Fattah tulis di IG, 'semoga cepat sembuh rakan sekerja'. Perkara yang baik kita doakan. Untuk bercerita lebih lanjut, tidak ada apa lagi untuk diceritakan," katanya kepada mStar. 

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi eksklusif bersama Amira Othman dan Hazama yang diadakan di A Quite Place Karaoke, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Amira dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah keracunan makanan sehingga membuatkan tekanan darah menjadi rendah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin hadiahkan sejambak bunga, netizen kuatkan spekulasi hubungan dengan Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin ulas cepat ‘move on’, soal jodoh serah pada Allah

Amira bagaimanapun memberitahu dia kini sudah beransur pulih dan menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya berdepan masalah keracunan makanan.

"Sebenarnya saya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Mungkin kerana terlampau dehidrasi menyebabkan tekanan darah rendah. 

"Lima hari juga saya ditahan wad. Saya nak ingatkan masalah keracunan makanan ini boleh menjadi serius dan jika berlaku sebarang gejala silalah segera mendapatkan rawatan. 

"Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat sepenuhnya, cuma doktor minta untuk mengawasi tekanan darah," ujarnya.

 Sebenarnya ada sahaja kawan-kawan lelaki yang rapat dengan saya tapi tak ramai. Kalau yang rapat antaranya Fattah la.

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

Ditanya mengenai hubungan dengan Fattah, Amira tidak menafikan aktor berkenaan merupakan antara kawan lelaki yang paling rapat dengannya di dalam industri seni. 

Jelas Amira, mungkin disebabkan populariti dimiliki Fattah membuatkan mereka sering mendapat perhatian ramai. 

"Dalam industri seni ini sebenarnya ada sahaja kawan-kawan lelaki yang rapat dengan saya tapi tak ramai. 

"Kalau yang rapat antaranya ialah Fattah. Saya rasa sebab dia adalah Fattah Amin, peminatnya ramai jadi saya terkena tempiasnya kalau dia kongsi apa-apa di media sosial. 

"Sebab Fattah yang popular, semua orang nak tahu tentang dia," luahnya. 

Amira muncul dengan lagu baharu berjudul Dalam Sujudku.

Pada 16 Jun lalu, Fattah menghadiahkan jambangan bunga tulip kepada Amira seakan-akan mengesahkan hubungan yang sedang terjalin meskipun menganggap penyanyi itu sebagai rakan sekerja.

Malah Fattah turut menitipkan doa agar Amira segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dihidapinya. 

Dalam perkembangan lain, Amira tampil dengan lagu terbaharu berjudul Dalam Sujudku yang menyelami keperitan jiwa seorang wanita dalam perjuangan mencari kekuatan hati. 

Lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema utama drama Dia Bukan Syurga, karya Rissa Ahdiya yang disiarkan di Slot Mega Drama, Astro Ria. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain