suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim

Atiq meluahkan rasa syukur bakal menjadi bapa.

PELAKON Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Alia Natasha kini hamil anak sulung. 

Namun di sebalik kegembiraan itu, Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, juga memberitahu mereka melalui fasa membimbangkan kerana isterinya berkemungkinan mengandung di luar rahim. 

"Beberapa hari lepas hati kami diuji dengan ketakutan saya, doktor syak kandungan luar rahim. 

Atiq berkongsi perjalanan menemani isteri melakukan pemeriksaan. 

"Jujur jiwa kami hilang arah dan hanya mampu berdoa serta berharap. 

"Hari ini Allah tunjukkan kasih sayang-Nya. Alhamdulillah kandungan normal. Kami bakal jadi ibu ayah. Terima kasih Allah untuk satu nyawa yang kami pernah takut kehilangan sebelum sempat kami peluk," katanya. 

Atiq menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu putus tunang untuk cepat kahwin, Atiq Azman sengaja tulis status nak beritahu sudah berpunya 

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 4 bulan bertunang dengan pramugari, Atiq Azman sudah bergelar suami

Dia juga memuat naik video perjalanan bersama isteri melakukan pemeriksaan sebelum Alia disahkan hamil. 

Bercakap lanjut, pelakon ini juga memberitahu isterinya terlebih dahulu melakukan ujian kehamilan sendiri namun belum mendapat jawapan pasti. 

"Isteri saya beberapa kali juga buat ujian kehamilan. Ada yang satu line, ada yang samar-samar.

Atiq dan Alia bernikah pada Februari lalu. 

"Bila tahu benda tu, jadi takutlah. Minta jauh-jauh. Kami pun cepat-cepat jumpa doktor," ujarnya. 

Dia juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila isterinya itu disahkan hamil.

Untuk rekod Atiq dan Alia selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain