VIDEO tular memaparkan pelakon Bella Astillah menikmati ramen bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam satu bekas, sekali lagi mencetuskan tanda tanya netizen mengenai status hubungan mereka.
Rakaman pendek yang dimuat naik akaun TikTok Team Bass itu menunjukkan Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dan Syed Saddiq duduk bersebelahan sambil menikmati ramen di sebuah kedai serbaneka.
Lebih menarik, netizen mula membuat spekulasi dan mendoakan agar mereka segera bernikah bagi mengelakkan fitnah.
Bella dan Syed Saddiq kongsi makanan bersama.
“Kalau bukan teman istimewa, aku tak sanggup nak kongsi makanan, lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja berlainan jantina. Ini kira dah confirm la kan? Aku nak bagi tahu mak aku berita baik ni.
“Kalau sampai macam ni confirm dah ada, tapi tak umum je lagi.
“Semoga cepatlah bernikah dan semoga tiada fitnah terhadap kamu berdua,” tulis peminat di ruangan komen.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella mengucap dengar gosip sudah bertunang, Syed Saddiq hanya minta doa
ARTIKREL BERKAITAN: Syed Saddiq baca puisi untuk ibu Bella, netizen ramal ucapan majlis kahwin lebih padu
Netizen juga berpendapat perkongsian makanan seperti itu jarang berlaku jika hanya sekadar rakan kerja.
“Kalau kawan sekerja takkan kongsi macam tu kan? Kalau ye pun nak kongsi, mungkin salah seorang makan dulu. Okay sah! Sah dah lah tu!
“Saya dengan suami berusia 18 tahun pun tak pernah kongsi makan mi segera,” tulis netizen.
Bella dan Syed Saddiq sering dilihat melakukan aktiviti bersama.
Hubungan Syed Saddiq dan Bella dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.
Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan sewaktu hari jadi Bella pada Mac lalu sekali gus menguatkan lagi spekulasi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.
Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq.
Malah Bella dan Syed Saddiq dilihat sering memakai pakaian raya sedondon sehingga menguatkan gosip percintaan di antara mereka berdua.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube