suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lufya tak rasa bersalah jodohkan Dr Fie dengan Amrul, enggan campur hal rumah tangga orang - “Bukan saya tulis takdir hidup mereka”

Lufya (kiri) tidak mahu mencampuri urusan peribadi Dr Fie (kanan) dan suami.

PELAKON dan penyanyi Lufya Omar tidak melihat dirinya sebagai individu yang perlu dipersalahkan susulan timbul dakwaan negatif membabitkan rumah tangga personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dan Kapten Amrul Nizar Anuar.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 41, berkata tindakannya memperkenalkan kedua-dua mereka sebelum ini sekadar bertujuan membantu mempertemukan dua insan tanpa mengetahui sebarang masalah yang mungkin berlaku dalam kehidupan peribadi masing-masing.

Kata Lufya, Amrul juga merupakan antara rakan lelaki yang banyak membantu dan menyokong perniagaannya sebelum ini.

"Saya tak tahu apa-apa. Takkanlah saya nak sibuk tentang hal peribadi orang lain. Jadi bila orang marah saya, satu benda saja Alhamdulillah transfer pahala pada saya. 

"Amrul adalah antara rakan lelaki yang sentiasa menyokong bisnes saya, kenalkan saya dengan ramai orang. Jadi saya hanya berbudi, dia (Amrul) pun ada buat kebaikan. 

Lufya hanya mahu melihat rakan-rakannya bahagia.

"Dia mungkin ada kesilapan sendiri, bukan saya punya hak untuk menghakiminya," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia tidak pernah berniat mencari publisiti menerusi tindakannya itu, sebaliknya menganggap usaha mempertemukan pasangan sebagai salah satu amalan kebaikan.

"Niat saya kenalkan Fie dengan Amrul, saya gembira. Bukan nak glamor, saya dah pernah glamor dulu. Saya hanya mahu dapat pahala besar. 

"Saya tak bersedia nak dirikan masjid (nikah), jadi saya dirikan masjid untuk kawan-kawan. Bukan mereka saja yang saya jodoh-jodohkan. 

"Saya tengok orangnya baik, saya cuba jodohnya. Ada juga rakan yang dah nak bercerai tapi tak jadi berpisah. Alhamdulillah hubungan jadi lebih baik. Itu semua amalan supaya saya dapat kebaikan juga," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Dr Fie puji suami sporting, tak pernah merungut layan kerenah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan selamat bernikah dalam majlis tertutup, Dr Fie terima mas kahwin satu dinar emas

Mengulas lanjut mengenai isu yang hangat diperkatakan itu, Lufya menegaskan dia tidak pernah menganggap dirinya bertanggungjawab terhadap perjalanan rumah tangga pasangan berkenaan kerana setiap individu mempunyai takdir dan ujian kehidupan masing-masing.

Malah, penyanyi lagu Diam ini berharap segala kebaikan yang dilakukan itu turut membawa keberkatan kepada kehidupan serta masa depan anak perempuannya.

"Bukan saya yang tulis takdir hidup mereka. Saya kenalkan dengan niat dapat pahala besar mudah-mudahan jadi satu perkahwinan bahagia buat mereka. Mana tahu saya pun esok saya pun bahagia. 

"Saya fikir kebaikan itu juga mungkin mengalir untuk anak saya. Biarlah nanti anak saya takdirnya baik. 

"Kefahaman dan mentaliti orang lain-lain. Dalam perkahwinan tiada yang sempurna. Setiap orang ada masalah masing-masing, siapa kita untuk menghakimi?," katanya. 

Dr Fie (kanan) bernikah dengan Amrul pada 1 November lalu.

Sebelum ini, timbul dakwaan negatif terhadap Amrul susulan penularan sebuah video yang dipercayai daripada bekas isterinya.

Perkara itu mengundang simpati netizen terhadap Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, selain ada yang menyalahkan Lufya kerana memperkenalkan mereka sehingga membawa kepada perkahwinan.

Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Amrul pada 1 November lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Dr Fie pernah berkahwin dengan penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

 

Artikel Lain