suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesihatan M. Jamil makin merosot selepas cerai, Sadiq tak halang niat bapa mahu kahwin lagi

M. Jamil kini terlantar sakit.

PELAKON Sadiq mendedahkan tahap kesihatan bapanya yang juga aktor dan pengarah M. Jamil kini semakin merosot susulan masih dalam fasa bersedih selepas sah bercerai dengan isteri, Shahrila Markom pada 28 Oktober lalu.

Sadiq, 28, berkata situasi tersebut memberi kesan mendalam terhadap emosi bapanya sehingga menyebabkan dia kini berada dalam keadaan terlantar sakit tanpa kehadiran seorang teman hidup di sisi.

"Selepas perceraian, kesihatan ayah sekarang memang tidak begitu baik. Walau bagaimanapun, kami adik-beradik sentiasa memberikan sokongan dan menjaga keperluan ayah termasuk makan minum, kewangan serta penjagaannya.

"Kami sentiasa memastikan ayah dijaga dengan baik supaya dia sihat dan gembira. Kami tidak mahu dia bersedih, lebih-lebih lagi pada usia sebegini. Jadi, kami adik-beradik sentiasa ada untuk ayah.

Sadiq berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Sejujurnya, keadaan itu memang memberi kesan kepadanya kerana dia terlantar sakit. Apabila isteri sudah tiada di sisi, sudah tentu dia berasa sedih dan tidak gembira,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau yang berlangsung di TGV KLCC pada Selasa. 

Mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga bapanya, Sadiq menjelaskan perpisahan tersebut dipersetujui secara bersama selepas kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai persefahaman. 

"Kalau boleh, saya sendiri tidak mahu terlalu bercerita tentang hal keluarga. Saya juga lebih suka berkongsi perkara yang baik tentang keluarga.

"Bagaimanapun, apa yang boleh saya kongsikan ialah mereka tidak lagi mempunyai persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: M Jamil sah cerai talak satu, akui kecewa... “Saya hilang keluarga, isteri di usia senja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dedah M Jamil kahwin empat kali... Sadiq akrab dengan ibu tiri dan keluarga baharu

"Ayah memang mahu cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut. Seperti yang kita semua tahu, dia juga pernah berkongsi perkara itu kepada pihak media sebelum ini.

"Tetapi kita tidak boleh memaksa keadaan. Akhirnya, mereka sudah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa perceraian adalah jalan yang terbaik," jelasnya.

Menyentuh kenyataan bapanya yang pernah menyuarakan hasrat untuk mencari pengganti dan berkahwin semula, Sadiq menegaskan dia dan adik-beradik lain langsung tidak berniat menghalang kebahagiaan orang tua mereka.

Bagaimanapun, Sadiq berkata, dia meletakkan syarat agar M. Jamil memberi keutamaan kepada kesihatannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

"Betul, seperti yang pernah dikongsikan kepada pihak media sebelum ini, ayah ada menyatakan hasrat untuk mencari pasangan baharu.

M Jamil ada meluahkan hasrat untuk berkahwin baru. 

"Kami sebagai anak-anak tidak pernah menghalang. Cuma buat masa sekarang, kalau boleh kami mahu dia lebih memberikan tumpuan kepada kesihatannya dahulu.

"Kami mahu dia sihat terlebih dahulu. Selepas itu, jika dia mahu mencari pasangan atau berkahwin semula, kami tidak pernah menghalangnya,” ujarnya.

Untuk info, pada 28 Oktober lalu, M. Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.

Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun sejak berkahwin pada 24 Mei 2014, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, yang kini berada di bawah hak penjagaan Shahrila.

Perkahwinan bersama Shahrila merupakan perkahwinan keempat M. Jamil selepas kematian isteri ketiganya yang juga pelakon, Allahyarham Shahrila merupakan perkahwinan keempat M. Jamil selepas kematian isteri ketiganya yang juga pelakon, Allahyarham Siti Rohani Wahid pada tahun 2010.

 

Artikel Lain