suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GV platform hidupkan semula kerjaya penyanyi, Shila Amzah kongsi strategi dan ‘senjata’ buat peserta

Shila menganggap GV sebagai platform yang membantu menaikkan semula kerjaya nyanyiannya.

SELEPAS lebih dua dekad bergelar anak seni, penyanyi Shila Amzah mengakui Gegar Vaganza (GV) antara platform terbaik untuk menyuntik semula semangat dan mengembangkan kerjaya seseorang penghibur.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata penyertaan dalam program realiti hiburan itu bukan sahaja memberi peluang kepada penyanyi untuk kembali mendapat perhatian, malah membantu membentuk disiplin diri dari aspek mental dan fizikal.

"Untuk saya GV ini memang satu platform yang sangat bagus untuk reboot kita (artis) punya kerjaya sebagai seorang penyanyi. 

"Tak kiralah untuk penyanyi lama atau muda (tak terlalu muda yang boleh masuk Big Stage) sebab macam saya masuk GV9 tahun 2022, pada waktu itu saya sudah 22 tahun dalam bidang (hiburan) ini. 

Perkongsian Shila yang dimuat naik di Threads miliknya.

Perkongsian Shila yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Masuk pertandingan GV ini kalau betul-betul kita buat latihan macam atlet, jaga pemakanan, jaga tidur dan senaman, memang kita dapat membentuk satu disiplin yang baru. Mental dan fizikal lebih kuat," katanya.  

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Rabu. 

Dalam pada itu, Shila menasihati penyanyi yang menyertai pertandingan berkenaan perlu bijak menyusun strategi, terutama dalam pemilihan lagu dan persembahan bagi setiap minggu.

Kongsinya, peserta tidak perlu hanya bergantung kepada lagu berentak balada untuk meraih markah tinggi, sebaliknya perlu berani melakukan pembaharuan dalam setiap persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah risau berat badan naik lagi, dulu 84kg buatkan lutut dan buku lali sakit

"Cuma bila kita masuk pertandingan mingguan ini, kenalah susun strategi dan 'senjata' yang betul. 

"Contoh ada 12 minggu untuk bertanding, setiap minggu punya tema dan lagu memang kena pilih betul-betul. 

"Tak semestinya lagu balada saja boleh dapat markah tinggi. Usaha kita untuk memperbaharui lagu dan persembahan pun diambil kira dalam permarkahan," ujarnya.  

Dalam masa sama, Shila turut menitipkan ucapan semangat kepada barisan penyanyi yang bakal menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GVF) musim ini.

"Apa pun selamat maju jaya kepada abang-abang dan kawan-kawan yang sertai (GVF) tahun ini. 

"Semoga Tuhan permudahkan urusan kalian, jaga kesihatan okay," katanya.

Shila menasihati peserta GV agar bijak menyusun strategi.

Shila menasihati peserta GV agar bijak menyusun strategi.

Untuk info, Gegar Vaganza kembali dengan kelainan musim ini apabila memperkenalkan edisi istimewa, Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang menghimpunkan barisan juara Akademi Fantasia (AF). 

Antara peserta yang bakal berentap ialah Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Shahir (AF8), Faizul (AF2013) dan Firman (AF2014).

Selain itu, seramai 25 bekas bintang AF turut diumumkan sebagai calon undian untuk merebut peluang menyertai pertandingan berkenaan.

Antara nama yang tersenarai termasuk Adam, Farah Diana, Felix, Khai, Akim Ahmad dan Ara Johari.

Artikel Lain