suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shila Amzah risau berat badan naik lagi, dulu 84kg buatkan lutut dan buku lali sakit

Shila mahu kekal ramping.

SELEPAS berjaya mendapatkan tubuh ideal, penyanyi Shila Amzah berdepan tekanan dan kebimbangan jika berat badannya itu kembali meningkat.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan kerana dia akan mengalami sakit pada bahagian lutut dan buku lali.

“Saya berasa sangat tertekan apabila berat badan saya mencecah 84 kilogram dengan ketinggian 165 sentimeter. Lutut sakit, buku lali pun sakit.

Shila berjaya dapatkan berat badan idealnya.

“Dulu saya memandang remeh soal kesihatan. Zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang waktu yang paling teruk,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut Shila, masalah berat badan yang turun naik bukan perkara baharu buat dirinya, namun dia tidak pernah meninggalkan rutin senaman.

“Saya jenis yang berat badan turun naik (yo-yo), tetapi saya tidak pernah berhenti bersenam.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert punya fasal, Shila Amzah turunkan berat badan... Seloroh mahu nampak muda seiring suami

ARTIKEL BERKAITAN: Belum cukup pantang tapi Shila Amzah dah mula bekerja... “Beberapa hari lagi tu kira halal la”

“Disebabkan semua itu, saya kini lebih peka terhadap apa yang saya ambil dalam tubuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Masih Aku Cinta tersebut berharap dapat terus mengekalkan gaya hidup sihat dan tidak kembali kepada berat badan sebelum ini.

“Saya tidak mahu lagi kembali ke berat badan dengan ketinggian itu. Doakan saya terus istiqamah ya semua,” luahnya.

Sebelum ini, Shila mendedahkan dirinya berjaya menurunkan berat sebanyak 16kg demi konsert sulungnya yang berlangsung pada Ogos lalu.

Artikel Lain