suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Razak terharu peminat usia 8 tahun sanggup kumpul duit mahu berjumpa, siap bagi coklat dan surat

Zizan sebak baca surat daripada peminat.

TERHARU dengan keikhlasan seorang peminat cilik, pelakon dan pelawak Zizan Razak sanggup mengetepikan rasa penat selepas mengendalikan sebuah program di Sabah semata-mata mahu bertemu kanak-kanak itu.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata pada awalnya dia menerima mesej menerusi media sosial daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang menyampaikan hasrat anaknya yang mahu bertemu.

Apa yang lebih menyentuh hati, Zizan memberitahu peminat cilik yang dikenali sebagai Atila itu sanggup membuat tabung sendiri bagi mengumpul dana untuk merealisasikan impian bertemu dia.

Zizan terharu dengan gelagat peminat cilik.

"Terubat hati ini bila dapat hadiah yang tak ternilai sebegini. Bukan sekadar peminat tetapi hati yang ikhlas terpancar dari wajah peminat cilik saya ini.

"Umur lapan tahun tapi peminat tegar Zizan Razak, macam tak boleh percaya bila saya fikir balik," katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Zizan turut berkongsi video pertemuan bersama peminat cilik tersebut yang hadir bersama ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tawaran tanpa fikir panjang, Zizan Razak bangga terlibat filem biografi wira permotoran... “Daripada kecil tengok dia“

ARTIKEL BERKAITAN: “Renyah sebenarnya“ - Zizan Razak akui rimas bermisai, stres tak boleh memandu

Bukan sekadar meluangkan masa untuk bertemu, kanak-kanak berkenaan turut memberikan buah tangan berupa coklat dan sepucuk surat sebagai tanda sokongan buat Zizan.

Perkara itu sekali gus membuatkan Zizan tersentuh dan menganggap kasih sayang daripada peminat cilik tersebut sebagai antara penghargaan paling bermakna sepanjang perjalanan kariernya.

"Tapi inilah hasil kerja penat lelah saya sepanjang dalam karier saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas anugerah ini.

Zizan melayan peminat ciliknya dengan baik.

"Terima kasih banyak kepada semua penyokong dan peminat saya selama ini. Love you guys so much," ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut tersentuh melihat layanan Zizan terhadap peminat ciliknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain