BAHAGIAN 1PENGHASILAN drama TV tempatan yang menampilkan unsur sensitif dan provokasi terus menjadi polemik dalam kalangan pengguna media sosial dan penggiat seni. Bukan perkara baharu, namun kontroversi pasti timbul apabila ada karya-karya yang berani menonjolkan adegan 'panas' atau berbaur provokasi atas tiket 'tuntutan jalan cerita'.Pengkarya sesebuah naskhah seperti penerbit dan pengarah ada perspektif tersendiri.Babak 'panas' lakonan Elisya Sandha (kiri) dan Uqasha Senrose dalam 'Madu Atau Racun' undang kecaman ramai.Bagi mereka, elemen sensitif bukan sengaja diwujudkan untuk meraih perhatian namun setiap babak membawa maksud tersendiri yang perlu ditonton secara keseluruhan sebagai teladan.Bagaimanapun, ada segelintir pihak berasa ia tidak patut berlaku kerana bertentangan dengan nilai budaya masyarakat Malaysia, selain melanggar hukum ajaran Islam.Mengulas isu hangat ini, pengarah dan penerbit Erma Fatima berpendapat penonton berhak menyuarakan pandangan, termasuk menegur sesebuah karya jika terdapat perkara atau unsur yang tidak wajar.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Madu Atau Racun‘ dihentikan sementara, iQIYI semak semula kesemua 12 episod ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tayangan ‘Madu Atau Racun’, Menteri Agama kesal drama sentuh sensitiviti dan norma budayaNamun, menurutnya, kebebasan bersuara bukan alasan untuk mengetepikan adab ketika menyampaikan teguran.Erma berkata, penggiat seni juga perlu bersedia menerima pandangan masyarakat, terutama apabila karya yang dihasilkan menyentuh soal nilai, agama dan norma kehidupan.“Apa pun mesej yang nak disampaikan, kita tak bolehlah mengetepikan hukum.“Saya faham, tetapi kadang-kadang sebagai orang seni kita terlalu bersemangat untuk menyampaikan mesej itu dan kita terlupa tentang hukum. Jadi tegurlah kami kalau kami bersalah,” katanya.Erma pernah cetus kontroversi menerusi drama 'Bidaah' dan 'Walid' sebelum ini.Pada masa sama, Erma mengakui landskap penyiaran dan hiburan hari ini jauh berbeza berbanding dahulu apabila masyarakat mempunyai akses yang lebih luas dan terbuka kepada pelbagai bentuk kandungan di platform digital.Jelas Erma, kewujudan platform penstriman digital (OTT) misalnya, menjadikan masyarakat bukan sahaja terdedah kepada kandungan tempatan, malah pelbagai karya dari luar negara yang membawa nilai, mesej dan gaya hidup berbeza.Justeru, tambahnya, adalah tidak adil apabila karya atau drama Melayu sahaja yang perlu bertanggungjawab apabila masyarakat terdedah kepada kandungan tidak sensitif.Kandungan drama 'Cela' tidak terkecuali daripada kritikan umum.“Kalau pun bukan drama Melayu yang menyampaikan mesej atau mengajar, ada banyak lagi tontonan di luar sana."Boleh ke kawal filem luar? Semua orang boleh akses YouTube, Netflix dan banyak lagi platform lain yang boleh mengajar netizen membuat perkara-perkara begitu.“Jadi jangan salahkan hanya satu pihak sahaja,” ujarnya.Komen di media sosial petunjuk masyarakat sokong karya tempatanSementara itu, Datuk Jurey Latiff Rosli yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berpendapat perlu ada sesi 'meja bulat' bersama penggiat seni bagi perbincangan secara lebih serius.Jurey saran perjumpaan meja bulat dalam kalangan penggiat seni."Sejak dari dulu lagi sudah banyak drama kontroversi dan sensitif tetapi tidak menjadi viral. Cuma sekarang ini masyarakat lebih prihatin terhadap mana-mana karya yang disiarkan."Semua pihak kena duduk berbincang semula tentang garis panduan dan peraturan lebih ketat bagi memastikan isu sensitif ini dapat dikurangkan atau tidak lagi berlaku," katanya.Jurey juga melihat komen-komen di media sosial sebagai indikasi positif bahawa penonton tempatan terus memberi sokongan kepada karya-karya baharu.Apa pun, baginya penonton juga harus mengambil peluang memanfaatkan media sosial untuk mempromosikan hasil penerbitan produksi lokal.OTT teliti semakan kandungan sebelum disiarkanMelihat dari sudut penyiaran, platform OTT iQIYI sentiasa mengambil kira beberapa kriteria sebelum sesebuah karya ditayangkan. Ketua Kandungan iQIYI Malaysia, Zebedee de Costa, memberitahu garis panduan yang telah ditetapkan termasuk klasifikasi tayangan adalah sebahagian daripada pertimbangan mereka memilih kandungan. Lakonan 'berani' Nabila Huda dan Hun Haqeem dalam 'Cela' kecoh dibahaskan."Secara umumnya, kami mengambil kira beberapa perkara seperti tingkah laku dan minat penonton, prestasi kandungan sebelum ini, kesesuaian dengan pasaran tempatan, kekuatan jalan cerita dan watak, sasaran penonton, kualiti produksi, serta potensi komersial."Kami turut mengambil kira undang-undang tempatan, Content Code oleh Content Forum, serta OCC Guidelines yang berkaitan dengan platform penstriman."Jadi perkara seperti klasifikasi umur, tema sensitif, agama dan kaum, keganasan, unsur seksual, bahasa, sensitiviti budaya serta bagaimana sesuatu kandungan itu dipersembahkan dan dipromosikan memang sebahagian pertimbangan kami," ujarnya. Justeru, penilaian dibuat secara berterusan sepanjang sesebuah drama atau filem dihasilkan. Terbaharu dua buah drama berjudul Cela dan Madu Atau Racun di dua platform OTT berbeza mendapat perhatian ramai kerana 'mencabar' nilai, agama dan norma kehidupan masyarakat Melayu.Akibatnya, drama-drama itu yang sedang bersiaran dihentikan tayangan serta-merta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube