suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rashdan Baba serius mahu jadi penyanyi, harap Eddie Hamid panggil semula

Rashdan inti peluang rakam lagu.

PELAKON Rashdan Baba tidak menolak untuk mengembangkan kerjaya seni ke bidang nyanyian selepas penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.

Menurut Rashdan, 57, dia pernah mendapat tawaran merakamkan lagu sebelum ini namun tidak kesampaian untuk melaksanakannya.

Justeru pentas KES2026 seakan memberi dorongan untuk meneruskan hasrat tersebut dan aktif membuat persembahan di pentas.

Penyertaan di pentas KES2026 beri pengalaman baharu buar Rashdan. 

"Insya-Allah kalau ada rezeki nak serius menyanyi. Selepas melihat penglibatan dalam program ini ada juga saya terfikir untuk rakamkan lagu.

"Semuanya bergantung kepada rezeki. Setakat ini tawaran penggambaran sudah ada dan akan bermula awal Oktober.

"Sebelum ini ada terima tawaran rakam lagu dengan komposer Eddie Hamid. Kebetulan dia melihat saya menyanyi di kenduri kahwin dan ajak saya rakam lagu. Kalau Eddie melihat persembahan saya di KES2026 mungkin dia boleh panggil semula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashdan Baba, Maria Tunku Sabri kandas di suku akhir KES2026 

ARTIKEL BERKAITAN: Fazlina Ahmad Daud derita keracunan makanan, tak sangka mara ke separuh akhir KES2026

Bercakap tentang penglibatan dalam KES2026, Rashdan terpaksa akur langkahnya terhenti di peringkat suku akhir.

Biarpun begitu pelakon ini melihat tempoh selama lima minggu adalah satu pengalaman yang cukup bermakna apabila dia dapat menimba pengalaman baharu selain ilmu dalam nyanyian.

"Setiap minggu pun saya sudah bersedia jika tersingkir kerana tahu program ini turut melibatkan undian peminat. Apa sahaja keputusan saya sudah bersedia.

Rashdan dan Maria tersingkir di peringkat suku akhir. 

"Sepanjang lima minggu ini banyak ilmu yang saya dapat. Bukan mudah nak melaksanakan tugasan mingguan yang ada hanya beberapa jam sahaja untuk berlatih lagu dan tarian," kongsinya.

Rashdan turut memaklumkan dia mengambil inisiatif sendiri menghadiri kelas vokal yang bukan disediakan oleh pihak produksi sebagai langkah memperbaiki persembahan mingguan.

Pada minggu suku akhir KES2026, Rashdan diumumkan tersingkir bersama pengacara Maria Tunku Sabri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain