suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryan Bakery diuji lagi, isteri keguguran buat kali kedua

Isteri Ryan (kanan) pernah mengalami keguguran pertama pada April lalu.

PERSONALITI media sosial Ryan Bakery sekali lagi berdepan ujian apabila impian untuk menimang cahaya mata kedua bersama isteri, Elyia Ibrahim tidak kesampaian.

Ryan atau Ryan Fahmi Bakery, 31, memaklumkan isterinya mengalami keguguran buat kali kedua dan mengakui kehilangan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, terutama buat seorang ibu.

“Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya, fizikal mahupun mental. 

Ryan mendoakan agar isterinya kuat dan kembali sembuh.

“Isteri saya keguguran buat kali kedua. Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik. 

“Reda atas segalanya, ikhlas menerimanya. Apa yang penting saya nak awak kembali sihat,” katanya. 

Ryan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery kongsi berita duka, isteri keguguran anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery berjaya turun 10 kg, jadikan Shaheizy Sam sebagai inspirasi untuk kurus

Dalam hantaran sama, Ryan turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat ibu-ibu yang pernah melalui pengalaman keguguran agar diberikan kekuatan serta kesembuhan.

“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi perkara sama (keguguran), saya doakan moga cepat sembuh. 

“Kuatkan semangat, ada rezeki lain insya-Allah. Kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya. 

Pada April lalu, Ryan berkongsi khabar duka apabila memaklumkan isterinya mengalami keguguran anak kedua. 

Ryan reda sekali lagi diuji apabila isterinya mengalami keguguran.

Kongsi Ryan, mereka pada awalnya menerima berita gembira mengenai kehamilan Eliya pada pagi Syawal, namun kegembiraan tidak berpanjangan apabila isterinya mengalami pendarahan ketika pulang ke kampung halaman di Pahang. 

Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ryan Ezra yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain