suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah cinta lama dengan Zul Ariffin diungkit, Abby Abadi nafi kena ‘dump‘... “Saya yang tinggalkan“

Abby menjelaskan kisah sebenar tentang perpisahannya dengan bekas kekasih.

PELAKON dan bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi menafikan dakwaan dia pernah ditinggalkan mantan kekasih, aktor Zul Ariffin.

Sebaliknya, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan dia sendiri yang mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut kerana mereka tidak lagi serasi.

"Tak kena tinggallah. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. 

Abby menafikan dakwaan ditinggalkan Zul satu ketika dulu.

"Tak ada jodoh tapi tak kacau hak siapa-siapa. Bercerai pun saya yang minta cerai okay," katanya. 

Abby berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap komen seorang pengguna Threads yang mengungkit kembali kisah percintaannya dengan Zul.

Dalam pada itu, Abby turut meminta individu berkenaan supaya tidak membuat dakwaan yang tidak benar mengenai kisah peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tepis tuduhan pernah jadi mangsa kekasaran Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Kali ini Abby Abadi betul-betul kecil hati dengan anak bongsu... “Kalau mama sakit, meninggal jangan datang tau”

"Tak perlu mengarut berlebihan sangat. Dapatkan nafkah saya yang tertangguh dulu kalau nak menyibuk sangat," ujarnya. 

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik foto Abby bersama Zul dan mendakwa aktres itu pernah mengimpikan untuk memiliki kekasih lebih muda namun akhirnya ditinggalkan. 

"Abby pun sama pernah menggeletis konon nak dapat 'pucuk muda' akhirnya kena tinggal dapatlah 'musang berjanggut'," tulis netizen. 

Untuk rekod, Abby dan Zul pernah menjalin hubungan cinta selama kira-kira tiga tahun sebelum berpisah pada 2011.

Nama Abby kembali mendapat perhatian di media sosial.

Abby sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 2002 dan mereka bercerai pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Marissa Dania, 21, dan Maria Danisha, 18 tahun. 

Selepas bercerai, Norman menikahi pelakon Memey Suhaiza pada 24 September 2011, manakala Abby berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain