MENERIMA setiap pandangan secara terbuka, penyanyi Najwa Latif tidak mengharap mana-mana pihak untuk mempertahankan dirinya ketika dia berdepan kecaman.Malah, bagi Najwa atau Imratul Najwa binti Abdul Latif, 31, yang sudah terlibat dalam industri seni sejak remaja sangat menghormati hak mana-mana pihak untuk melontarkan pendapat. "Untuk seorang yang berdepan kebencian sejak 16 tahun, saya tidak pernah mengharap sesiapa untuk pertahankan saya.Perkongsian Najwa di Instagram. "Saya sentiasa percaya setiap orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Saya mungkin tidak menerima, tetapi saya tetap menghormatinya walaupun saya sendiri tidak dihormati," ujarnya.Menulis luahan tersebut di Instagram, perkongsian Najwa itu dipercayai susulan kecaman segelintir pihak yang mempersendakan perubahan bentuk fizikalnya ketika dilihat tampil membuat persembahan dalam sebuah acara.Penyanyi ini dalam masa sama menepis tanggapan bentuk badannya mula berubah selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.ARTIKEL BERKAITAN: Hormat pandangan ramai, Najwa Latif terbuka baca komen ‘body shaming’ ARTIKEL BERKAITAN: Guna AI ada had, Najwa Latif mahu pelajar berfikir idea sendiri siapkan tugasan"Saya baca semuanya. Ketahuilah, anak perempuan saya tidak pernah menjadi beban. Dia adalah anugerah yang sangat indah dalam hidup saya," luahnya.Menerusi perkongsian berkenaan, Najwa turut menzahirkan penghargaan atas sokongan terhadap dirinya."Saya jarang berkongsi apa yang saya rasa di media sosial, tetapi saya benar-benar tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan yang diberikan.Perubahan fizikal Najwa menjadi bualan. "Saya tidak tahu apa yang saya lakukan sehingga layak menerima semua ini, tetapi saya berharap segala kebaikan akan kembali kepada anda," ujarnya.Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube