suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria Tunku Sabri sorok sedih menangis dalam bilik air, saran netizen jaga adab... “Nak komen melampau boleh saja DM tak perlu terbuka“

Maria ada cara tersendiri berdepan kecaman.

SENTIASA bersikap positif, pengacara Maria Tunku Sabri terbuka dan berlapang dada menerima pelbagai kecaman terhadap dirinya sejak menyertai program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).

Biarpun ada ketika hatinya terguris, Maria, 56, memberitahu dia sebaik mungkin tidak akan menzahirkan emosi sedih di hadapan orang ramai terutama ahli keluarga.

"Memang saya begini, saya seorang yang sangat positif. Walau orang beri sesuatu yang negatif, saya pulangkan dengan cara positif. Hidup kita tidak lama, jadi janganlah kumpul dosa.

Maria terbuka berdepan kecaman di media sosial. 

"Ada juga terasa hati. Saya akan menangis bila bersendirian seperti ketika sedang mandi. Saya tidak mahu susahkan orang lain terutama suami dan anak-anak. Biarlah saya lalui seorang dan saya suka gembirakan semua orang," katanya.

Maria ditemui selepas diumumkan tersingkir di konsert suku akhir KES2026 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.

Tambahnya keperibadian yang sentiasa ceria juga sebagai satu contoh untuk orang ramai agar tidak mudah melemparkan kecaman kepada mana-mana pihak di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Maria Tunku Sabri sedar ada rakan industri cemburu, tak senang lihat dirinya makin menyerlah... “Depan baik, belakang mengata” 

ARTIKEL BERKAITAN: Rashdan Baba, Maria Tunku Sabri terkandas di suku akhir KES2026

"Saya nak nasihat sikit kepada netizen kalau nak komen yang melampau atau sensitif boleh sahaja DM (direct message). Tak perlu nak secara terbuka letak di media sosial sebab ia boleh mengaibkan seseorang.

"Saya cuba nak beri pengajaran kepada netizen bahawa kita ada adab, ikutlah cara yang betul. Saya boleh terima, tetapi mungkin tidak bagi orang lain," ujarnya.

Mengulas tentang penyertaan dalam KES2026, Maria akui sudah bersedia dengan kemungkinan namanya akan tersingkir.

Maria tersingkir di peringkat suku akhir KES2026. 

Dia dalam masa sama melihat program ini telah membuka ruang untuk mencuba bidang berbeza selain melengkapkan cabang kerjaya dalam dunia seni.

"Sekarang saya boleh berpuas hati sebab dah jadi pengacara, pelakon dan penyanyi. Mungkin selepas ini boleh tambah bidang jadi pelawak.

"Selepas ini jika menerima tawaran sebagai pengacara boleh tambah pakej menyanyi. Saya sudah ada lima susunan lagu yang boleh dinyanyikan," selorohnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain