suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria Tunku Sabri sedar ada rakan industri cemburu, tak senang lihat dirinya makin menyerlah... “Depan baik, belakang mengata”

Maria malas ambil peduli dengan rakan yang dengki.

PENGACARA Maria Tunku Sabri tidak menolak perasaan cemburu dan iri hati menjadi punca ada segelintir pihak berasa kurang senang melihat kemunculannya di pentas Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES).

Maria, 56, berkata dia juga menyedari kemungkinan ada rakan industri tidak senang melihat dirinya kembali menyerlah dalam industri hiburan.

"Kebarangkalian itu ada. Kadang-kadang teman rapat kita, kita tak sangka dialah orangnya yang akan membawa isu kita ke depan sebab tak puas hati dengan kita.

Maria tidak mahu balas perbuatan mereka yang dengki.

"Mungkin dia tak suka kita menonjol, tak suka kita menyerlah, rasa cemburu atau iri hati. Tapi saya tak boleh buat apa, cuma boleh doakan semoga Allah berikan hidayah," katanya.

Menurut Maria, dia juga pernah berdepan situasi apabila rakan industri bersikap baik ketika di hadapan, namun bercakap buruk mengenai dirinya di belakang.

Malah, dia pernah terbaca komen negatif mengenai dirinya yang dipercayai ditulis oleh kenalan sendiri.

"Memang ada dalam kalangan senior dan yang seangkatan dengan saya. Depan baik, belakang mengata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan buli“ - Maria Tunku Sabri kesal sikap tegas disalah anggap, minta hentikan boikot

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hormat semua“ - Maria Tunku Sabri tepis dakwaan biadap, mencelah komen juri

"Waktu inilah mereka nak menyimbah minyak atau tabur pasir dalam periuk nasi saya. Tapi saya serahkan semuanya kepada Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, Maria berkata perkara berkenaan bukan sesuatu yang baharu buat dirinya kerana dia pernah melihat sendiri suaminya, Ahmad Nazri Abd Malek, berdepan situasi sama oleh rakan-rakan dalam industri.

"Saya pernah kena dulu, suami saya pun pernah kena ‘tabur pasir dalam periuk nasi’ oleh sahabat-sahabat saya sendiri dalam industri.

"Jadi saya tak hairan kalau hari ini ada lagi yang nak buat begitu kepada saya. Saya reda dan terima," kongsinya.

Maria jadi perhatian setiap kali membuat persembahan di KES.

Sebelum ini, timbul satu gerakan yang melabel Maria sebagai seorang pembuli bagi memburukkan reputasi susulan kemunculannya dalam KES.

Dakwaan itu tercetus selepas Maria berkongsi pengalaman ketika bergelar ketua pramugari dalam podcast Borak Dalam Galley.

Maria bagaimanapun menegaskan pendekatan yang digunakan ketika itu bukan bertujuan untuk membuli, sebaliknya lebih kepada usaha mengajar dan mendidik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain