PENYANYI Yasin Sulaiman kembali berkongsi rutin hariannya di media sosial selepas lima hari pulang ke rumah sebaik selesai menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Menerusi hantaran terbaharu di aplikasi Threads, Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 51, memaklumkan dia kini sedang dalam proses menyiapkan sebuah buku autobiografi yang mengisahkan perjalanan hidupnya. "Saya dalam proses menerbitkan sebuah buku autobiografi 400 muka surat," katanya menerusi hantaran di Threads.Yasin mula kongsi rutin harian bersama peminat.Dalam hantaran sama, Yasin turut berkongsi foto dirinya bersama maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir yang dipaparkan dalam satu keratan akhbar.Menurut Yasin, dia kini sedang memilih gambar yang bakal dimuatkan dalam buku tersebut dan foto bersama M. Nasir antara yang bakal diselitkan."Sekarang tengah memilih gambar yang akan dimuatkan dalam buku tersebut. Gambar ini pastilah antara gambar yang akan diselitkan," kongsinya.Selain itu, Yasin turut memuat naik beberapa foto pertemuannya bersama komposer Ezra Kong.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman akhirnya dibenarkan pulang selepas empat tahun di Hospital BahagiaARTIKEL BERKAITAN: Yasin wajar diberi peluang... “Jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni”Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan hasil kerjasama antara mereka.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Yasin selain menyambut baik kemunculannya kembali di media sosial.Pada 2 September lalu, penyanyi Akbar Azmi memaklumkan Yasin sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas empat tahun menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Untuk rekod, pada 22 Ogos 2024, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.Yasin sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Bahagia selama empat tahun.Hakim memutuskan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 29 November 2023.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April 2025 melepas dan membebaskan serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor. Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya.Yasin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis Kanabis seberat 193.7 gram, menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan memberikan dirinya dadah berbahaya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube