BUKAN sekadar angan-angan, impian pelakon Evertts Gomes untuk bekerja dengan barisan pelakon hebat yang diminatinya kini menjadi kenyataan satu demi satu.Evertts, 28, yang juga finalis rancangan realiti HeroDewi Remaja (HDR) berkata, sejak menyertai program tersebut, dia sudah mempunyai gambaran jelas mengenai perkara yang mahu dicapai dalam kerjaya lakonannya pada masa akan datang. Malah, beberapa pelakon seperti Nadhir Nasar, Hun Haqeem dan Mierul Aiman yang pernah disebut sebagai individu diimpikan untuk bekerjasama kini sudah menjadi kenyataan.“Semasa menyertai HDR, saya pernah berborak dengan rakan sebilik. Saya kata, ‘Bestnya kalau dapat bekerja dengan Nadhir, Hun dan Mierul.Evertts meletakkan sasaran kerjaya sebelum usia 40 tahun.“Benda itu tercapai apabila saya dapat bekerja dengan Nadhir dalam Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Meerqeen menerusi Thariq, serta Mierul untuk Dari Mata Turun Ke Hati dan Kudrat 1968.“Ramai pelakon yang saya manifest dan akhirnya dapat bekerja bersama. Berkat keikhlasan itu, saya terima semua peluang tersebut,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Evertts berkata peluang membintangi High Council Universe juga merupakan antara sasaran impiannya.Malah, dia turut pernah membayangkan untuk bekerjasama dengan pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura selepas tamat HDR.ARTIKEL BERKAITAN: Rasa sakit lakon babak aksi bantu Evertts Gomez jiwai watak, tahu batas elak kesan hari tuaARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan permainan solo” – Mierul Aiman tak anggap Zarif Ghazzi pesaing“Dalam senarai impian saya, High Council memang salah satunya dan ia berjaya dicapai.“Ketika keluar daripada HDR pun, saya pernah membayangkan untuk bekerja dengan Fattah Amin dan Fazura. Projek pertama saya bersama mereka juga berjaya direalisasikan,” ujarnya.Mengimbas kembali perancangannya ketika menyertai HDR, Evertts berkata dia sudah menetapkan perkara yang mahu dicapai dalam kerjaya lakonan sebelum mencecah usia 40 tahun.Menurutnya, pencapaian yang diraih ketika ini hanyalah sebahagian daripada sasaran yang sudah dirancang, malah masih banyak impian lain yang mahu direalisasikan.“Apabila menyertai HDR sebelum ini, saya sudah tahu apa yang saya mahukan apabila berusia 40 tahun nanti. Saya tahu apa yang saya mahu untuk masa depan.“Jadi, dapat membintangi High Council Universe adalah satu pencapaian dan tanda aras yang memang sudah saya tulis, rancang serta tandakan dalam senarai impian.Evertts membintangi siri Kudrat 1968: High Council.“Ada banyak lagi perkara yang saya mahu sasarkan selepas ini,” katanya.Dalam perkembangan lain, Evertts bakal membintangi siri Kudrat 1968: High Council yang merupakan prekuel kepada dunia High Council.Selain Evertts, naskhah arahan Zulaikha Zakaria dan Khairii Asyraf itu turut menampilkan Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith dan Akmal Asyraf.Kudrat 1968: High Council bakal menemui penonton pada 11 September ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube