suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron Aziz kenang buat umrah dengan Sheikh Haikel, doakan sahabat kuat lawan kanser

Aaron sebak mengenangkan ujian yang dihadapi oleh Haikel (kanan).

PELAKON Datuk Aaron Aziz menyifatkan perjalanan menunaikan umrah bersama penyanyi rap, Sheikh Haikel antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata perjalanan tersebut menjadi lebih istimewa selepas Haikel berkongsi impiannya untuk menunaikan umrah ketika mereka mengetahui mengenai keadaan kesihatan yang dihadapinya.

“Apabila kamu beritahu saya yang kamu menghidap kanser, kamu kata ada satu impian. Impian kamu adalah untuk menunaikan umrah.

“Dan apa yang kamu mahukan hanyalah kamu dan Annabelle (isteri) berdoa di hadapan Kaabah. Alhamdulillah, kita berjaya melakukannya.

Aaron (kanan) menunaikan hasrat sahabatnya untuk menunaikan ibadah umrah.

“Ini adalah perjalanan yang paling tidak dapat saya lupakan bersama kamu dan sesuatu yang akan sentiasa saya hargai. Saya juga tidak sabar untuk kita menunaikan haji bersama," katanya.

Aaron berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Aaron turut mengimbau detik dia menerima panggilan daripada sahabat baiknya itu pada tahun lalu, memaklumkan mengenai penyakit tersebut.

“Subhanallah. 27 Julai 2025. Semuanya masih segar dalam ingatan saya. Kami sudah seperti saudara sejak tahun 2003.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheikh Haikel hidap kanser usus tahap empat, berat badan susut sebelum diagnosis

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz sekali lagi dijadikan modal scammer, terkejut nama dikaitkan perjanjian libat pelabur filem

“Semoga Allah SWT memberikan Haikel kesembuhan sepenuhnya serta kekuatan buat dirinya dan keluarganya. Amin," ujarnya. 

Sementara itu, Aaron berharap orang ramai dapat terus mendoakan Haikel dan Annabelle selain memberikan sokongan terhadap perniagaan yang dijalankan pasangan berkenaan.

“Jadi, saya harap sesiapa yang menonton video ini dapat mendoakan Haikel dan Annabelle. Tunjukkan kasih sayang dan sokongan anda dengan datang ke Hai Ge Ji di Busorah Street. Nasi ayamnya memang sangat sedap.

“Saya sentiasa ada untuk kamu dan semoga Allah terus memberikan kamu kekuatan serta kekal positif.

Haikel sebelum ini mendedahkan dirinya menghidap kanser usus tahap empat.

“Terus kuat dan ketahuilah bahawa kami menyayangi kamu," katanya. 

Sebelum ini, Haikel tidak dapat menahan sebak ketika mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak setahun lalu.  

Menurut Haikel, dia mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas sekian lama memberitahu rakan-rakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik. 

Bagaimanapun, perubahan pada fizikalnya terutama selepas berat badan menyusut mula disedari oleh rakan terdekat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk