PENYANYI rap Singapura, Sheikh Haikel disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan telah selamat menjalani pembedahan.Berita tersebut dikongsikan sendiri Haikel, 50, menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Khamis. Menerusi video berkenaan, Haikel tidak dapat menahan sebak ketika mendedahkan mengenai penyakit yang sedang dihadapinya.“Dengan hati yang paling berat, saya ingin memberitahu semua yang menonton bahawa saya menghidap kanser tahap empat,” katanya. Anne (kiri) memaklumkan keadaan terkini kesihatan Haikel.Menurut Haikel, dia mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas sekian lama memberitahu rakan-rakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.Bagaimanapun, perubahan pada fizikalnya terutama selepas berat badan semakin susut mula disedari oleh rakan-rakan terdekat.Meskipun berdepan penyakit berkenaan, Haikel berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan serta kerjaya dalam industri seni.“Saya mahu semua orang tahu bahawa saya akan memberikan yang terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Nazrey Johani hidap kanser hati dan mata, ingin rawat di Guangzhou..."Tapi kos sekali pergi RM30,000"ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berkorban jaga isteri hidap kanser payudara, Nizam Laksamana buang perasaan penat demi insan tersayang“Hakikat bahawa saya sudah berkongsi perkara ini dengan semua orang membuatkan saya berasa lebih lega,” ujarnya. Sementara itu, menurut laporan media Singapura, isteri Haikel, pelakon Anne Belle Francis, 48, memaklumkan ketumbuhan yang dihidapi suaminya bersifat agresif.Haikel kini sedang menjalani rawatan bagi melawan penyakit tersebut selepas selesai menjalani pembedahan.Dalam perkembangan lain, Haikel bakal melancarkan podcast baharu berjudul Final Applause yang akan menjadi ruang buatnya berkongsi secara terbuka mengenai pengalaman berdepan kanser serta perjalanan menjalani rawatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube