suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Cara begini saja nak beri pengajaran” - Shima Anuar saman bekas kakak ipar, bisnes kek terjejas kesan difitnah

Shima bakal menghantar LOD kepada bekas kakak iparnya.

PELAKON Shima Anuar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kakak iparnya, selepas mendakwa wanita itu menyebarkan fitnah dan memburukkan namanya di media sosial.

Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, berkata dia sudah menghubungi peguam pada Khamis bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara tersebut dan kini dalam proses menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu berkenaan.

Menurut Shima, tindakan undang-undang merupakan langkah yang wajar bagi memberi pengajaran serta menghentikan segala tuduhan terhadap dirinya.

"Individu seperti itu dengan cara begini saja nak beri pengajaran kepadanya. Berhenti kacau orang. 

Shima sudah mendapatkan nasihat peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Semalam (Khamis) saya sudah menghubungi peguam dan sekarang ini memang dalam proses hantar LOD kepadanya," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak faham mengapa bekas kakak iparnya membuat tuduhan kononnya aktres itu campur tangan dalam masalah keluarga abangnya.

Malah, Shima turut menafikan dakwaan kononnya dia menyokong kes penderaan membabitkan anak saudaranya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sebarang respons, Shima Anuar beri tempoh tiga hari sebelum dedah nama penghutang... Sedia buat laporan jika masih berdiam

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar tuntut hutang RM1.5 juta, sedia dedahkan senarai nama termasuk suami artis

"Dia masih belum menurunkan hantaran tersebut, Saya rasa dia sangat berani agaknya, kita tengok saja nanti. Apa yang dia cakap itu semuanya satu fitnah. Dia kata saya ini makcik yang sokong kes penderaan anak dia. 

"Kami semua tahu perkara itu tidak benar. Abang saya sebelum ini sudah berkali-kali bawa anaknya datang ke rumah, mandi kolam, main game semuanya okay. 

"Anak dia berada dalam keadaan yang sangat baik. Entah apa benda yang dia tak puas hati saya pun tak tahu," ujarnya. 

Ditanya sama ada akan menarik semula tindakan jika bekas kakak ipar itu tampil memohon maaf, Shima berkata dia tidak akan berbuat demikian kerana sebelum ini sudah cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

"Tidak, saya tak mahu (menarik semula). Saya pernah hubunginya, tapi panggilan tidak dijawab. Mesej pun tak dibalas. Malah abang saya datang bersama polis ke rumahnya pun dia tidak munculkan diri. 

Shima mahu mempertahankan kebenaran selepas dirinya difitnah.

"Kami dah cakap kalau perkara ini berterusan saya akan lantik peguam. Orang dah tuduh saya macam-macam, kejamlah, jahatlah sebab mereka (netizen) tak tahu apa-apa. 

"Perniagaan kek saya pun orang nak boikot. Semua ini sudah buatkan saya jadi stress," katanya. 

Sebelum ini, nama Shima turut terpalit dalam kemelut membabitkan abangnya, Najib Anuar dan bekas isteri.

Ia susulan komen yang ditulis Shima di Instagram yang didakwa menyebelahi Najib dalam isu berkenaan sebelum dimuat naik semula oleh bekas isteri abangnya di platform Threads.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain