PELAKON Ammar Alfian masih menanti namanya dibersihkan selepas imejnya tercalar susulan tuduhan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan aktor berkenaan.Menurut Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, dia tidak mengharapkan apa-apa selain permohonan maaf secara terbuka daripada wanita tersebut atas segala tuduhan yang dilemparkan. “Perbicaraan seterusnya pada Januari nanti. Saya sudah menang injunksi supaya dia menjauhkan diri. Tapi saya masih dengar dia masih lagi bercerita fasal saya secara terbuka, jadi dia memang melawan mahkamah. Ammar penat dipandang sinis oleh masyarakat."Dia rasa dia di atas daripada undang-undang, tapi itu hal dia. Dia cakap saya pukul dia, tapi saya dapat NFA (No Further Action), tak ada bukti pun. Jadi saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan peguam untuk uruskan. "Saya ada peguam yang bagus, nanti semua orang akan tahu hal sebenar. Saya cuma nak permohonan maaf secara terbuka tapi dia degil,” katanya ketika ditemui pada pelancaran trailer, poster dan runut bunyi filem Orang Perang di Petaling Jaya, Selangor.Mengulas mengenai tempoh dua tahun berdepan kes berkenaan, Ammar mengakui dirinya terpaksa berdepan pandangan sinis masyarakat susulan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian peroleh injunksi interim, bekas kekasih dilarang keluarkan kenyataanARTIKEL BERKAITAN: [V] Ammar Alfian rancang bersara tahun depan, akui drama TV terlalu klise… “Cuba bagi saya watak ustaz, bolehkah?” Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan orang ramai kerana memahami mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.“Dua tahun saya dihina dan difitnah. Sekarang saya nak ambil pendirian dan saya tak nak lelaki macam saya terus dipijak. Saya rasa sekarang ramai lelaki pun sudah berani untuk lawan perempuan.“Macam watak jahat, sekali pegang belakang tabir pun orang anggap jahat. Semua cop saya kaki pukul, mana-mana saya pergi,” luahnya. Disebabkan dia tidak dapat cinta daripada saya, dia reka cerita mengenai saya.AMMAR ALFIANPELAKONWalau bagaimanapun, dia bersyukur apabila orang terdekat termasuk keluarga dan kenalannya sentiasa memberikan sokongan kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar."Masa cerita ini meletup, mereka sudah tahu macam mana. Mereka pun tak tanya saya okey atau tidak sebab mereka sudah tahu.“Keluarga saya paling saya kasihan. Dia tak fikir mak bapa saya, tak fikir anak saya. Disebabkan dia tidak dapat cinta daripada saya, dia reka cerita mengenai saya," ujarnya.Pendedahan yang pernah dibuat Qhaisah sebelum ini.Pada April 2025, seorang wanita dikenali sebagai Qhaisah mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal dan mental aktor itu sepanjang setahun empat bulan dia bersama Ammar yang memberi alasan mahu mendidiknya.Dia turut memuat naik foto terhadap semua perlakuan buruk dan kekerasan dilakukan Ammar.Malah satu laporan polis dibuat Qhaisah terhadap Ammar pada 20 April tahun lalu namun diklasifikasikannya sebagai tiada tindakan lanjut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube