PELAKON Ammar Alfian merancang untuk bersara daripada industri seni pada tahun depan selepas lebih dua dekad bergelar anak seni. Bukan disebabkan kecewa, namun Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, menjelaskan keputusan itu dibuat kerana sudah menjayakan pelbagai jenis watak sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan. "Alhamdulillah sekarang ini saya gembira dengan apa yang saya peroleh (lakonan) serta pengalaman yang saya dapat. Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. "Ya, saya memang akan bersara sebab semua (watak) saya sudah buat. Tapi masih belum tahu lagi bila, tapi kemungkinan tahun depan."Saya memang minat berlakon, tapi kalau dah setakat macam itu sahaja selama 20 tahun, nak buat macam mana kan?,” katanya kepada mStar. Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Majlis Pelancaran Drama Vertical Pan Mee bertajuk Pertarungan Iman & Rasa pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Ammar Alfian dedah ada bukti kena pukul, dipaksa ‘sign’ perjanjian palsuARTIKEL BERKAITAN: “Gangster tak pukul perempuan bro!” - IG Ammar Alfian ‘diserang’ netizenBagaimanapun Ammar menjelaskan dia sudah mempunyai perancangan tersendiri selepas mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang lakonan. "Sekarang ini saya ada perniagaan sendiri, jadi mungkin saya akan lebih fokuskan kepada itu," ujarnya. Mengulas mengenai trend drama masa kini, Ammar menyifatkan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat klise dan berulang. Ammar mahu berikan fokus kepada perniagaannya selepas bersara. "Drama sekarang banyak yang sama sahaja. Cerita yang lebih kurang. "Sama juga macam watak saya. Cuba bagi saya watak ustaz, bolehkah? Agak-agaknya ada ke orang yang akan tawarkan? Mesti tiada," ujarnya. Untuk rekod, Ammar mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja.TONTON VIDEO PILIHAN!