PENYANYI Najwa Latif menjelaskan syarikat produk elektronik yang didakwa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video memaparkan dirinya tidak bertudung sudah memohon maaf kepadanya.Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 30, berkata pihak syarikat berkenaan menghantar permohonan maaf menerusi mesej langsung (DM) di Instagram, namun dia belum memberikan sebarang maklum balas. Kata Najwa, dia kini sedang berbincang dengan pihak pengurusan bagi menentukan tindakan selanjutnya terhadap perkara itu.“Setakat ini syarikat itu ada DM saya membuat permohonan maaf tapi saya tidak membalas. Video AI memaparkan Najwa tidak bertudung tersebar di media sosial.“Buat masa sekarang belum ada tindakan diambil, saya tengah berbincang dengan suami dan pihak pengurusan untuk langkah seterusnya. “Saya tidak mahu terburu-buru mengambil tindakan. Apa yang penting video itu adalah AI dan bukan diri saya sebenar,” katanya kepada mStar. Najwa berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Wali Live In JB, yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Najwa percaya video berkenaan dihasilkan sekadar untuk tujuan promosi, namun syarikat terbabit mungkin tidak menyedari ia melibatkan dirinya dan suami, Akwa Arifin.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Ariana Grande hamil anak sulung, kecewa rupanya foto ultrasound hasil AIARTIKEL BERKAITAN: “Komposer ramai, kena rajin cari“ - Noraniza Idris bangkang guna AI sepenuhnya cipta lagu tradisionalNajwa bagaimanapun memaklumkan video berkenaan sudah dipadam selepas mula tersebar di media sosial.“Saya rasa tujuan mereka hanya untuk mempromosikan produk tersebut tapi tak perasan itu adalah saya dan suami. “Mungkin mereka ambil video suami dan buka aurat saya. Jadi mereka gunakan teknologi AI untuk mengubah penampilan kami. “Ramai orang yang kongsikan pada saya kerana video tersebut sudah mula tersebar tapi bila tekan link video tersebut sudah tidak ada. Syarikat itu sudah menurunkan daripada media sosial,” ujarnya.Najwa (kanan) dan suami sedang berbincang untuk tindakan selanjutnya.Ditanya mengenai perasaannya berhubung penyebaran video tersebut, Najwa mengakui terkilan namun menganggap perkara itu sebagai ujian yang perlu dilalui.“Kalau perkara ini sedikit sebanyak mencalarkan reputasi saya, kami tak teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya.Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan Najwa dan suaminya seolah-olah sedang mempromosikan produk sebuah syarikat produk elektronik.Namun, video tersebut dipercayai telah disunting menggunakan teknologi AI sehingga memaparkan keadaan Najwa yang tidak bertudung.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube