suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Ariana Grande hamil anak sulung, kecewa rupanya foto ultrasound hasil AI

Foto ultrasound bayi Ariana dimanipulasi menggunakan AI.

HEBOH di media sosial apabila beberapa foto yang mendakwa penyanyi Ariana Grande sedang hamil anak pertama tular sehingga membuatkan peminat teruja.

Menerusi foto yang dikongsikan, Ariana, 33, kelihatan seolah-olah memegang imej ultrasound manakala satu lagi gambar menunjukkan dia berjalan bersama kekasihnya, Ricky Alvarez.

Lebih mencuri perhatian apabila bentuk perut Ariana dalam foto berkenaan kelihatan seperti mempunyai bonjolan bayi (baby bump).

Berita palsu Ariana hamil anak pertama tular di media sosial.

Tidak hanya itu, peminat turut mula mengucapkan tahniah kepada Ariana dan Ricky serta menyifatkan penyanyi itu kelihatan semakin berseri.

Namun, semua dakwaan tersebut akhirnya terjawab apabila foto yang mencetuskan spekulasi berkenaan disahkan palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut laporan The Sun, memang terdapat foto sebenar Ariana dan Ricky berjalan di sebuah jalan di London bersama ibu penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande dirakam berpelukan dengan bekas kekasih, didakwa bercinta semula

ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande umum bakal tinggalkan dunia muzik, mahu fokus bidang lakonan

Namun, foto tersebut telah dimanipulasi menggunakan AI bagi menghasilkan gambaran seolah-olah Ariana mempunyai bonjolan bayi.

Malah, imej ultrasound yang didakwa milik Ariana turut disahkan bukan gambar sebenar, sebaliknya telah disunting.

Untuk rekod, Ariana dan Ricky mula bercinta pada Mei 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2016. 

Pada Julai lalu, Ariana tidak lagi berselindung mengenai hubungan cintanya Ricky selepas pasangan itu dilaporkan berjalan berpelukan di Central Park, New York, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain